shahbudindotcom
Rasanya
ini sudah kali kedua Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz
melontarkan cabaran kepada Tun Mahathir untuk berdepan dengannya di
Padang Rengas dalam pilihanraya umum akan datang.
Cabaran kali kedua ini dilontarkan berikutan Tun Mahathir akan turun berceramah di Padang Rengas, hujung bulan ini.
Sekiranya
bukan Tun Mahathir, Nazri juga dilaporkan mencabar Muhyiddin Yassin
untuk berdepan dengannya susulan Presiden Bersatu itu akan turut datang
ke Padang Rengas selang dua hari daripada kedatangan Tun Mahathir.
Muhyiddin akan menghadiri satu program di Padang Rengas pada 23 Mac, diikuti Tun Mahathir pada 25 Mac.
Tentunya
ramai yang tergelak dan senyum sinis dengan cabaran Nazri itu kerana
dalam pilihanraya 2013 lalu beliau hanya mampu menang dengan majoriti
2,230 undi saja.
Itu pun lawannya ketika itu seorang yang tidaklah seorang yang cukup dikenali ramai iaitu Meor Ahmad Isharra Ishak.
Bayangkan jika dalam pilihanraya akan datang lawannya adalah seorang lebih terkenal atau bertaraf nasional.
Agak-agaknya nak gebang besar mencabar orang lain...lainlah kalau menang dengan majoriti 20,000 undi.
Maka,
untuk PRU 14 akan datang, di samping UMNO dan BN makin terbeban dengan
skandal 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta dalam akaun Najib Razak,
dengan dua tiga kali Tun Mahathir dan Muhyiddin datang ke Padang Rengas
saja sudah memadai untuk mengoyak-rabakkan kedudukan Nazri.
Tidak
perlu Tun Mahathir atau Muhyiddin menyahut cabaran bertanding di Padang
Rengas kerana mereka bukan sekadar untuk mengalahkan Nazri sebagai Ahli
Parlimen, tetapi lebih penting ialah untuk menumbangkan UMNO dan BN.
Jika
UMNO dan BN dapat ditumbangkan, bukan saja Nazri akan kalah sama, malah
kalau beliau menang sekali pun, kecundanglah segala nikmat
kehidupannya selama ini.
Dalam
masa yang sama, jika Nazri benar-benar hebat atau anak jantan
sepertimana yang selalu disebutnya, beliau sepatutnya bukan sekadar
mencabar Tun Mahathir atau Muhyiddin berlawan dengannya di Padang
Rengas, bahkan juga mesti berani berhadapan dengan kedua-dua pemimpin
Bersatu itu sama ada di Kedah, Johor atau kawasan yang berkecuali.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan