Oleh Shuhaniza Said
KUALA LUMPUR: Kebanyakan ahli Parlimen Islam pembangkang secara
individunya menyokong usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, namun terpaksa mengubah nada
berikutan perlu akur pada telunjuk DAP.
Itu pandangan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa selepas
ditanya penafian yang dibuat Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin
Yassin bahawa beliau tidak menyokong usul tersebut.
Penafian itu dibuat selepas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man menyatakan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) menyokong usul itu.
"Sebab itu kita dengar hatta bekas pemimpin PAS yang hampir separuh
hayat mereka berjuang tentang perkara sebegini, bila bertukar parti dan
menjadi rakan kepada pakatan pembangkang, kita lihat nada mereka telah
berubah.
"Walaupun menyentuh soal agama, itu bezanya antara kita dengan mereka.
Kita bila pasal soal agama, kita mengubah pendirian parti dengan
dahulukan agama. Tapi mereka dahulukan parti, soal agama letak
belakang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari
ini.
Ketua Penerangan Umno itu berkata, sikap pemimpin pembangkang yang
terlalu 'mengikut telunjuk' DAP itu, membezakan permuafakan antara
Umno-Barisan Nasional (BN) dengan gagasan tersebut.
Turut senada dengan Annuar, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
"Kita lihat Tan Sri Muhyiddin ni lebih kepada Islam, jiwanya lebih
kepada Islam. Tapi bila dia menolak RUU355, bermakna dia mengikut
telunjuk DAP. Jadi jelaslah kepada kita sekarang ini bahawa siapa-siapa
parti pro pembangkang, adalah mengikut telunjuk DAP di mana DAP jadi
ketua. Walau jiwa sokong RUU ni tapi kerana arahan DAP mereka terpaksa
ikut.
"Rakyat perlu lihat, kalau sokong pembangkang makna kita sokong DAP.
Tak kira PKR atau Bersatu (PPBM), ketuanya DAP," kata beliau.
Sementara itu ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku
Jaafar, berkata penafian Muhyiddin dilakukan akibat tekanan daripada
politik persekitaran.
"DAP, Tun M atau Tan Sri Muhyiddin, saya tak nilai pendirian mereka.
Kalau bertukar mungkin ada terpengaruh dengan politik persekitarannya.
Politik ni semunya mungkin. ," kata beliau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan