shahbudindotcom
Belum
pun habis rasa terkejut orangramai mengenai tangkapan anak lelaki dan
pegawai khas seorang Exco Johor daripada UMNO bersama beberapa yang lain
untuk penyiasatan berkaitan penyelewengan premium tanah dan penukaran
status rumah-rumah kediaman untuk Bumiputera kepada bukan Bumiputera,
kini seorang lagi pemimpin UMNO direman berkaitan penipuan tawaran rumah
mampu milik.
Kali
ini seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian bersama teman wanitanya direman
selama tiga hari mulai semalam kerana dipercayai terbabit dalam penipuan
tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor atau RMMJ.
Dilaporkan empat mangsa telah membuat aduan ditipu dengan nilai kerugian berjumlah RM120,000 sejak tahun lalu.
Siapakah Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan?
Walaupun
tidak disebut namanya, tetapi sudah menjadi perbualan di dalam UMNO
bahawa beliau adalah pemimpin pemuda di sebuah bahagian yang mana Ketua
Bahagiannya adalah sekutu paling rapat dengan Menteri Besar Johor,
Khaled Nordin.
Dalam
konteks Johor di mana UMNO dan BN hanya kekurangan 10 kerusi Dewan
Undangan Negeri saja lagi berbanding pembangkang, tangkapan demi
tangkapan ini secara tidak langsung bukan saja memperlihatkan betapa
"kotornya" imej pemimpin-pemimpin UMNO, malah pasti akan memberi kesan
kepada kepimpinan kerajaan negeri untuk mempertahankan kuasanya.
Rasuah, penyelewengan, penipuan dan bertindak curang demi mendapatkan wang seolah-olah sudah menjadi mainan harian bagi mereka.
Jika
sebelum ini SPRM ada menyebut bahawa 54 peratus kakitangan kerajaan
terpalit dengan rasuah, berapa peratuskah pula melibatkan orang politik
dan anggota pentadbiran kerajaan?
Adakah ia lebih parah atau rasuah di kalangan anggota pentadbiran dan kakitangan awam sama saja sedang membarah?
Bagi
rakyat Johor, sudah tentu mereka memerhati dengan teliti semua
perkembanhan ini dan menjadikannya sebagai pedoman dalam membuat pilihan
di peti-peti undi.
Selain
Johor sendiri berdepan pelbagai masalah tersendiri kesan pemecatan
Muhyiddin Yassin di mana ramai ahli UMNO menyertai Bersatu, apa yang
berlaku kebelakangan pastinya merupakan bonus tambahan kepada mudahnya
lagi UMNO dan BN dapat ditumbangkan di negeri itu.
Berbanding
negeri-negeri lain yang masih dikuasai BN, Johor sehingga ini nampaknya
paling mudah akan bertukar teraju pemerintahan selepas PRU 14 akan
datang kerana isu-isu yang menyakitkan hati rakyat sentiasa saja ada dan
silih berganti menjadi perbualan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan