SHAH ALAM: Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa ada ahli-ahli PAS
yang tidak mahu menyokong parti itu, sebaliknya memilih memberi sokongan
kepada 'pihak yang tidak menyokong BN' pada pilihan raya akan datang.
“Ya (begitulah), saya berkeyakinan begitu.
“Kita ada menemui semua ahli-ahli PAS, semua kawan-kawan kita, adik
beradik kita, sahabat-sahabat kita banyaknya memberi komitmen akan
mengundi parti yang mencabar BN.
“Terutama dari segi boleh mengambil alih kuasa negeri dan parlimen,"
katanya memetik wawancaranya bersama Sinar Harian, hari ini.
Mohamad yang juga dikenali Mat Sabu mendakwa peratusan dalam perkara itu 'amat tinggi'.
Mat Sabu berkata demikian terhadap spekulasi PAS hanya mendapat undi
dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menerusi pemimpinnya sahaja,
manakala ahli-ahli PAS dikatakan beralih sokongan kepada parti
pembangkang yang lain.
Beliau mendakwa ketidaktentuan di dalam PAS juga berlaku kerana parti
pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menyatakan untuk berkawan
dengan BN.
“Pada masa yang sama juga, sasaran serangan mereka ialah kepada
pembangkang, terutamanya Amanah dan DAP. Jadi posisi mereka yang
sebenar, mereka lebih mengetahui.
“Bagi kami (dalam Pakatan Harapan), empat parti ini akan terus membina kekuatan menjelang PRU14," katanya.
Malah hal itu juga dilihat dalam sikap lunak dan rasa puas hati PAS
terhadap penjelasan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Itu terserah kepada rakyat kepada rakyat kita, misalnya isu 1MDB,
dunia tahu penyelewengan bahkan dibicarakan di Singapura, bahkan orang
orang yang mendapatkan duit daripada (ahli perniagaan) Jho Low itu
sendiri menyerahkan kembali barang-barang kemas yang dibeli kerana duit
itu wang rakyat yang dicuri…
“Kalau begitu terdedah di peringkat dunia, ada parti di Malaysia masih
berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh (Pengarah Eksekutif
Kumpulan 1MDB) Arul Kanda itu saya rasa pelik, biarlah rakyat menilai
mereka ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan