PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation
(FIC), ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam
bagi membantu siasatan pembelian sebuah hotel empat bintang di London
oleh FIC.
Memetik laporan BH Oline, beliau ditahan kira-kira jam 9.50 malam tadi
di Ibu Pejabat SPRM, selepas memberi keterangan selama 12 jam bermula
jam 9.30 pagi Isnin.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani mengesahkan penahanan
itu dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok (Selasa)
untuk permohonan reman bagi membantu siasatan SPRM.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata
SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di
Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC, kerana dipercayai
harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal sehingga
menyebabkan anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan