ANTARAPOS.COM
TEMERLOH: Sepasang kembar maut selepas motosikal yang ditunggang mereka
bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika dalam
perjalanan pulang dari sekolah, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang di Kilometer 145 Jalan Kuala
Lumpur-Kuantan, berhampiran Kem Batu 5 tadi, mangsa Muhammad Tarmizi
Atan, 14, dan kembarnya, Muhammad Taufiq meninggal dunia di tempat
kejadian.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, kejadian
berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka
dari sekolah menghala ke Karak.
"Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa terbabas
dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah pacuan
empat roda.
"Pertembungan itu mengakibatkan penunggang dan pembonceng motosikal
mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,"
katanya dipetik Utusan Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan