HALAMAN SANTAI

Khamis, 17 Ogos 2017

Polis tahan ahli PKR sertai 'flashmob' sambut Najib

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
BUTTERWORTH: Polis menahan sekumpulan ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) di luar Politeknik Seberang Perai yang menyertai protes 'flashmob' terhadap kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke negeri ini hari ini. 
 
Mereka yang ditahan itu termasuk Ketua AMK negeri, Asrol Sani Abdul Razak dan anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai Ong Jing Cheng yang kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.
 
Najib kini berada di Pulau Pinang dalam rangka kerja sehari.
 
Beliau dijadualkan menghadiri mesyuarat tertutup bersama barisan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) negeri.
 
Beliau juga akan menghadiri beberapa program termasuk Majlis Kenduri Rakyat Parlimen Permatang Pauh di Padang Politeknik Seberang Perai di sini.
 
Beliau juga akan melancarkan Rangka Kerja Pembangunan NCER di Spice Convention Centre, Bukit Jambul pukul 3.00 petang dan melawat Projek Perumahan Kos Sederhana Casa Anggun di Sungai Nibong dekat sini pukul 3.30 petang sebelum pulang ke ibu negara kira-kira pukul 5.30 petang.
 
 

Tiada ulasan: