Pengarah pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan
Standard Bukit Aman mencadangkan polis menjalankan ujian sampel rambut
untuk anggotanya dan memperketatkan proses ujian pengambilan anggota
baharu.
PETALING JAYA: Satu kajian polis mendapati 25% anggota dan pegawainya terbabit dalam penyalahgunaan dadah sebelum menyertai pasukan keselamatan itu, kata pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.
Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi yang terkejut dengan keadaan itu mencadangkan polis menggunakan peralatan canggih untuk menguji sampel rambut bagi mengesan penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota dan memperketatkan proses ujian pengambilan anggota baharu.
“Sejak 2010, seramai 2,738 pegawai dan anggota polis dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah menyebabkan kita perlu mengetatkan proses ujian pengambilan,” katanya dipetik Berita Harian selepas Majlis Serah Terima Tugas dan Persaraan Ketua Polis Negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Rahim berkata, kajian polis juga mendapati 10,607 pegawai dan anggotanya menghadapi masalah hutang serius kerana mereka hanya mendapat 40% gaji bulanan bersih.
Katanya, seramai 15,478 pegawai dan anggota polis dibelenggu masalah hutang serius pada awal tahun ini dan pihaknya berjaya mengurangkan jumlah itu kepada 10,607 orang sehingga bulan lalu.
Untuk mengatasi masalah itu, katanya, pegawai dan anggota polis hanya dibenarkan berhutang dengan koperasi polis mulai 2018.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan