Rakyat diminta tidak terperdaya dengan isu penjualan tanah Felda di Jalan Semarak kerana sumber memaklumkan Invoke bahawa ia berkemungkinan adalah permainan dalaman Felda sendiri.
Hakikat bahawa isu ini dimulakan oleh suratkhabar UMNO, Berita Harian, telah menimbulkan red flag dan memberi petanda bahawa isu ini diakhirnya nanti hanya untuk menaikkan imej Najib Razak saja.
Berdasarkan perkembangan semasa, kelihatan bahawa syarikat pemaju itu, Synergy Promenade yang berkemungkinan menipu Felda kerana menukar hak milik sebahagian dari tanah yang diberi kuasa ke atas mereka untuk menguruskannya, kepada pihak lain tanpa pengetahuan pengurusan Felda.
Jadi apa kes yang ada disitu? Lainlah kalau Isa Samad atau Felda sendiri yang menipu peneroka, mungkin ada asa untuk dipolitikkan.
Lagipun perkara ini tidak melibatkan tanah peneroka, maka itu tidak nampak kepentingannya untuk dipolitikkan secara berpanjangan kerana hanya menguntungkan UMNO/BN saja sudahnya.
Tidak hairan kenapa setakat ini, hanya parti Amanah saja yang memainkan isu ini, tidak DAP, PPBM dan PKR. Itupun sebab Mazlan Aliman adalah Presiden ANAK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan