KEADILAN DAILY
NAIB Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, perkembangan tentang perbincangan calon perdana menteri Pakatan Harapan tidak akan didedahkan kepada orang ramai.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata keputusan itu diambil ekoran gambaran yang kurang memuaskan tentang perbincangan itu dalam media sebelum ini.
“Saya pengamal demokrasi, begitu juga parti saya. Ketua Umum Pakatan Harapan (Datuk Seri Anwar Ibrahim) amat menyedari hakikat yang ia melibatkan semua pihak berkepentingan.
“Perbincangan dijalankan dibelakang tabir, disebabkan gambaran yang tidak baik di media,” katanya, memetik The Malaysian Insight.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil pada 6 Disember lalu mengumumkan bahawa KEADILAN berpendirian yang perbincangan mengenai calon perdana menteri Pakatan Harapan masih lagi diteruskan.
Laporan berita sebelum ini menyebut Presiden Pakatan Harapan merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah merupakan calon timbalan perdana menteri Malaysia sekiranya Harapan menang pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir pula disebut-sebut sebagai calon perdana menteri sementara sebelum Ketua Umum Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memikul tanggungjawab itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan