HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Disember 2017

Santiago yakin PH boleh menang 40% undi Melayu di Klang

 
Ahli Parlimen Klang itu berkata, dasar sosial kerajaan Selangor memanfaatkan banyak keluarga miskin di kawasannya.


charles-santiago-pakatan-harapan

KLANG: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yakin Pakatan Harapan (PH) boleh memenangi sekurang-kurangnya 40% undi Melayu di Klang, walaupun berlaku pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Walaupun majoriti pengundi di kawasan itu terdiri daripada kaum Cina sebanyak 46%, pengundi Melayu juga tidak kurang pentingnya kerana mereka terdiri daripada 32% yang berpotensi menjejaskan peluang PH menang jika berlaku pertandingan 3 penjuru dengan Barisan Nasional dan PAS.

Pengundi India pula merangkumi 20% di kawasan itu.

Santiago bagaimanapun percaya PH masih mempunyai peluang baik, walaupun berlaku pertandingan 3 penjuru berdasarkan dakwaan “kerja baik” yang dilakukan kerajaan Selangor untuk rakyat, termasuk di Klang.

“Kerusi parlimen ini bukan satu isu. Kami membuat banyak kerja dan dasar kerajaan negeri sangat membantu,” katanya kepada FMT.

“Tidak boleh dinafikan hakikat kerajaan negeri benar-benar membantu (rakyat). Dasar sosial yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu membawa perubahan besar kepada kualiti hidup rakyat.”

Beliau mendakwa disebabkan semua dasar sosial itu — yang menurutnya banyak membantu orang Melayu dan India miskin di negeri itu — BN sukar menembusi Selangor.

“Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) hebat dan semua kaum, khasnya orang Melayu dan India miskin mendapat manfaat daripada program yang dilaksanakan.”

IPR ialah inisiatif berasaskan Selangor yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat pada 2008.

Antara programnya adalah bas percuma di Selangor, 20,000 bekalan air percuma setiap bulan dan program rumah kos rendah dikenali sebagai Rumah Selangorku.

Santiago berkata, PAS tidak menyatakan secara rasmi sama ada mereka akan bertanding di kerusi Parlimen Klang, tetapi ada khabar angin mengenainya.

Beliau mula bertanding di kerusi itu pada PRU12 menentang calon BN, Datuk Ch’ng Toh Eng dan berjaya menewaskan dengan 65% undi.

Beliau mempertahankan kerusi itu pada PRU13 selepas menewaskan calon BN, Datuk Dr Teh Kim Poo

Tiada ulasan: