HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Disember 2017

Didik anak: Boleh di tangan, kaki bukan di muka



Didik anak: Boleh di tangan, kaki bukan di muka



Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan supaya tidak memukul atau menampar di bahagian muka dalam usaha mendidik anak.

Menurutnya, Nabi Muhammad SAW melarang orang Islam berbuat demikian walaupun ketika berlakunya perang sekali pun.

Beliau berkata, jika musuh pun agama melarang umatnya memukul di bahagian muka, apatah lagi mereka yang hendak dididik.

“Oleh itu, saya menasihati ibu bapa dan guru-guru supaya tidak memukul atau menampar muka untuk mendisiplinkan anak-anak atau murid-murid.

“Boleh untuk mendisiplinkan murid dengan merotan di bahagian tangan dan kaki tetapi bukannya di bahagian muka,” dipetik dalam satu kenyataannya.

Ujarnya, Nabi Muhammad SAW pada asalnya melarang umatnya memukul tetapi dikecualikan dalam hal-hal tertentu.

“Sesiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi,” tambah Dr Asri lagi.

Pada 19 Disember lalu, Azizan Manap, 44, seorang guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai sepatutnya memulakan hari pertama perbicaraan ekoran kes menampar pipi kiri seorang murid Tahun Lima yang dikatakan melakukan kesalahan disiplin berat berulang termasuk menghidu gam, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.

Walau bagaimanapun, pada hari sama beliau yang didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas pertuduhan mencederakan anak muridnya dengan sengaja di hadapan tapak perhimpunan sekolah pada jam 7 pagi, 6 April lalu dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban

Tiada ulasan: