Setakat ini, kerajaan bergantung kepada tembok laut
berbentuk burung untuk mengalirkan air keluar dari kota itu dan
menghalang kemasukan air laut.
PETALING JAYA: Pakar hidrologi meramalkan Jakarta hanya mempunyai masa 10 tahun sahaja untuk diselamatkan daripada terbenam di bawah paras air laut jika kegiatan seperti penggalian telaga secara haram dan pengairan titis tidak dibendung, lapor New York Times.
Laporan itu berkata situasi Jakarta yang sedang terbenam secara sendirinya diburukkan kegiatan gali telaga dan pengairan titis, ledakan projek terbengkalai, pembangunan tidak terancang dan pembentungan tidak mencukupi.
Ahli hidrologi berkata kota itu hanya mempunyai masa sedekad untuk menghentikan penenggelaman itu. Jika tidak, utara Jakarta, yang menempatkan jutaan penduduk, akan terbenam bawah air bersama-sama sebahagian besar ekonomi negara itu.
Penasihat gabenor Jakarta, Irvan Pulungan bimbang akan pemanasan global yang menyebabkan kenaikan paras air laut sehingga 3 kaki menjelang abad akan datang.
“Tiada siapa lagi percaya ahli politik memperjuangkan nasib rakyat, kerana terlalu banyak rasuah, terlalu banyak omong kosong mengenai berkhidmat untuk rakyat sedangkan mereka hanya memenuhi kepentingan peribadi,” kata Pengarah Institut Dasar Analisis Konflik, Sidney Jones.
Dengan kadar tenggelam sebanyak 7.5cm sehingga 25 cm setahun, Jakarta dilaporkan sedang tenggelam paling cepat berbanding bandar lain seperti Venice dan Manila. Kini lebih kurang 40% kota Jakarta berada di bawah paras laut.
Portal berita The Telegraph melaporkan Mei lalu, kerajaan Indonesia mempertimbangkan untuk menempatkan semula ibu negara Indonesia itu.
Perancang bandar dikatakan sedang mengkaji 2 pilihan, iaitu memindahkan bahagian pentadbiran atau memindahkan seluruh ibu negara tersebut ke lokasi baharu.
Setakat ini, kerajaan bergantung kepada tembok laut berbentuk burung untuk mengalirkan air keluar dari kota itu dan menghalang kemasukan air laut, lapor VOA News.
Menurut NY Times, ketidakpercayaan rakyat kepada kerajaan, konflik antara pelampau Islam dan rakyat, dan kejatuhan pemimpin reformasi merumitkan usaha menyelamatkan Jakarta daripada ditenggelami air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan