KEADILAN DAILY
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa Malaysia untuk menjadi satu pusat setempat bagi diaspora Palestin.
Menurutnya, pusat tersebut boleh berperanan untuk menghimpunkan maklumat dan data serta mengupayakan warga Palestin untuk merangka strategi masa depan mereka.
“Rakyat Palestin terkenal dengan kepintaran intelektual mereka. Sarjana ekonomi terkemuka di Amerika (Syarikat), Mohamad Aryan ini (orang) Palestin.
“Saya nak mengesyorkan bahawa harus ada program khusus untuk pemerintah untuk membawa the best brain di kalangan rakyat Palestin.
“Bawa ke sini mengajar di universiti, bertugas di hospital, menjadi penasihat dan sebagainya.
“Ini dalam batas keupayaan pemerintah, bukan NGO,” kata Saifuddin dalam forum Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra, Putrajaya hari ini, lapor Malaysiakini.
Sementara itu, Saifuddin turut menggesa kerajaan untuk memanfaatkan institut diplomasi yang berfungsi untuk membantu rakyat Afghanistan dan Bosnia Herzegovina sebelum ini – bagi membantu warga Palestin sekarang.
Beliau turut memberikan komitmen untuk turut sama menyokong usaha tersebut.
“Kalau ada satu isu yang boleh kita berpijak di satu platform sama, ia tidak lain tidak bukan isu Palestin dan perjuangan pembebasan Baitulmuqaddis,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan