SELANGORKINI
KUCHING : Satu lagi kawasan baru wabak rabies diisytiharkan di Sarawak, menjadikan jumlahnya kini 27.
Jawatankuasa
pengurusan Bencana Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa
Timbalan Ketua Menteri yang juga pengerusi jawatankuasa itu Datuk
Douglas Uggah Embas hari ini mengisytiharkan kawasan SMK Julau No 1,
Julau, di bahagian Sarikei, sebagai kawasan terbaru wabak Rabies.
“Memandangkan
kawasan kampung ini berada di luar daripada 10km radius kawasan yang
telah diisytihar sebagai kawasan wabak rabies, maka kawasan ini adalah
merupakan kawasan ke-27 wabak rabies,” menurut kenyataan itu.
Bahagian
Serian mencatatkan jumlah kawasan diisytihar wabak rabies paling
tinggi, menjangkau 20 kawasan, disusuli dengan bahagian Kuching (4), dan
masing-masing satu kawasan di bahagian Samarahan, Sri Aman dan Sarikei.
Menurut
kenyataan itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak akan
mengadakan Mesyuarat Khas Rabies pada 2 Januari ini yang akan
dipengerusikan oleh Douglas Uggah bagi membincangkan langkah-langkah dan
strategi bagi mengekang wabak rabies daripada terus merebak ke kawasan
lain.
Sebelum ini kawasan terakhir yang diumumkan sebagai kawasan
ke-26 wabak rabies atau penyakit anjing gila di Sarawak ialah pada 23
Okt lepas membabitkan kawasan Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya, di
bahagian Samarahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan