shahbudindotcom
Berdasarkan
respon beberapa pihak dalam UMNO berhubung isu tanah Felda di Jalan
Semarak yang telah berpindah tangan kepada sebuah syarikat swasta,
termasuk kenyataan Najib Razak sendiri yang mengarahkan siasatan
serta-merta serta tindakan akan diambil hasil daripada siasatan itu,
kedudukan bekas Pengerusi Felda, Isa Samad dilihat tidak lagi selamat.
Hampir
dalam semua yang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO dan
kerajaan, tidak terkecuali dalam sidang akhbar oleh Pengerusi Felda
sekarang, Shahrir Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Razali Ibrahim berkaitan isu tersebut, segala-galanya tampak menjurus
kepada Isa sebagai subjek yang mahu dipersalahkan.
Hakikat
bahawa Felda berada di bawah pengawasan dan dagu Najib serta wakil JPM
dan Kementerian Kewangan turut berada dalam Lembaga Pengarah Felda di
mana Najib adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, seolah-olah cuba
dikesampingkan buat sementara waktu.
Tindakan
pihak polis menubuhkan pasukan petugas khas kemudiannya segera memberi
gambaran seolah-olah isu tanah Felda ini adalah sama besarnya dengan
skandal 1MDB.
Jika
Isa bersalah kerana memandai-mandai membuat keputusan yang merugikan
Felda dan para peneroka itu, tiada siapa yang merasakan beliau tidak
harus memikul beban kesalahan itu.
Apa
yang dibimbangi ialah semua ini tidak lebih merupakan satu lagi episod
drama yang sengaja dipentaskan untuk meraih undi dan sokongan menjelang
pilihanraya umum akan datang.
Lebih-lebih
lagi isu ini mula didedahkan oleh sebuah media arus perdana yang berada
di bawah kawalan Najib sendiri dan seseorang yang dikatakan penasihat
paling kanannya adalah mengawal kumpulan media tersebut.
Najib
pula, dalam tiga tweetnya yang berturutan berkaitan isu tanah Felda
itu, jelas memperlihatkan mahu tindakan segara diambil kepada pihak yang
didapati bersalah.
Selain
itu, dalam sidang akhbarnya baru-baru ini, Shahrir ada menyebut beliau
sudah mengetahui mengenai kehilangan tanah Felda itu sebaik saja
dilantik menjadi Pengerusi Felda pada awal tahun ini.
Jika
begitu, mengapa laporan polis hanya dibuat pada 12 Disember yang lalu
iaitu selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2017?
Kalau
betul sudah diketahui lebih awal tanah itu berpindah tangan dan ia
benar-benar kesalahan serius, mengapa laporan polis tidak dibuat pada
Februari atau Mac yang lalu?
Melihat
bahawa tarikh pilihanraya makin hampir dan Najib terus terbelit serta
terbelenggu dengan banyak isu yang menyesakkan nafasnya seperti 1MDB,
derma RM2,600 juta, berkawan baik dengan Trump, penggadaian aset negara
kepada China, sistem IMAMS dan banyak lagi, tidak mustahil isu tanah
Felda ini adalah plot yang sengaja dirancang untuk menutup semua isu-isu
tersebut.
Tambahan
lagi, percubaan Najib untuk melemahkan Tun Mahathir Mohamad melalui
RCI forex juga sudah dilihat gagal mencapai sasaran seperti yang beliau
harap-harapkan pada awalnya.
RCI
forex bukan saja mudah difahami maksud tersiratnya oleh orangramai yang
hanya bertujuan untuk mengaitkan pemimpin-pemimpin pembangkang dilihat
bersubahat dalam kerugian urusniaga matawang lebih 30 tahun lalu, malah
seperti kata Tun Mahathir sendiri, hasil laporannya semata-mata
berdasarkan sangkaan yang telah ditukar menjadi fakta.
Lebih
daripada itu, dengan Tun Mahathir turut mengemukakan saman terhadap
anggota RCI, Najib dan kerajaan serta menolak hasil laporannya,
menjadikan ianya sebagai modal PRU 14 dilihat sudah terkekang dengan
sendirinya.
Sebab
itulah sehingga sekarang pihak polis difahamkan masih belum mengambil
keterangan Tun Mahathir berhubung RCI forex itu, meskipun laporan polis
dibuat hampir serentak dengan ia hasil laporannya diserahkan kepada
Ahli-Ahli Parlimen.
Maka,
apa lagi modal Najib untuk mendepani pilihanraya umum akan datang,
mengelakkannya daripada hilang kuasa dan seterusnya tidak menghuni
penjara sebagai destinasi akhir kehidupannya seperti yang berulang-kali
dijanjikan oleh Tun Mahathir jika Pakatan Harapan berjaya menumbangkan
BN dan seterusnya mengambil alih kuasa dalam pilihanraya nanti?
Tidakkah
isu tanah Felda ini, lebih-lebih lagi jika Isa ditangkap dan seterusnya
didakwa di mahkamah dalam waktu terdekat ini, ia secara automatik akan
menjadi lonjakan yang mampu menaikkan sokongan rakyat kepada Najib, UMNO
dan BN dalam pilihanraya akan datang?
Annuar
Musa sudah dilepaskan, Bung Mokhtar yang pernah disiasat berkaitan
pembelian saham amanah menggunakan dana Felcra mungkin terus senyap
begitu saja isunya, maka Isa adalah satu-satunya mangsa yang tinggal
serta paling munasabah untuk "dikambing-hitamkan" sebelum pilihanraya
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan