HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 Disember 2017

Surat Buat 3 PM Israel Bukti Mahathir Bukan Anti-Yahudi

 
 

TERBONGKAR… Ketika pembangkang memperbesarkan imej Tun Dr. Mahathir Mohamad konon berjuang isu Palestin, sejarah pernah membuktikan beliau pun pernah ada hubungan dengan rejim Israel.

Lebih lucu, ketika Mahathir disanjung netizen antikerajaan kerana tampil berucap kutuk negara Yahudi itu di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara baru-baru ini, realitinya beliau pernah merayu ihsan kerajaan Israel.

Paling aib, Mahathir sanggup menulis surat rasmi dengan menggunakan nama jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dan beralamat di pejabatnya di Putrajaya ketika pernah memerintah negara ini selama 22 tahun dahulu.

Ia bukan sahaja aneh tetapi jelas memalukan imej Malaysia yang langsung tiada hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu, malahan dijadikan dasar luar negara sejak merdeka sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Palestin.

Mungkin Mahathir beranggapan tindakan menghantar surat itu konon hanya sebagai kaedah untuk bantu Palestin, tetapi ia jelas menyalahi adab Islam yang tegas melarang konsep matlamat menghalalkan cara waima apa jua situasi.

Tambahan pula, tindakan Mahathir menulis surat kepada pemimpin Israel bagi memohon ihsan mereka ternyata lawan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120 memperingatkan umat Islam mengenai bahaya ini:

“Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani tidak sesekali akan reda dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu akhirnya menurut cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk benar’.

“Dan sesungguhnya jika kamu tetap memilih untuk mengikuti kemahuan golongan Yahudi dan Nasrani ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

Baca: Brunei Nafi Sultan Hassanal Bolkiah Sokong Mahathir





Kementerian Luar Malaysia pernah mengesahkan Mahathir, 92, ada menulis surat berkenaan iaitu kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin pada 1993 lalu diikuti Benjamin Netanyahu pada 1997 dan Ehud Barak pada 1999.

Agensi berita rasmi tempatan Bernama bahkan menyiarkan transkrip penuh terjemahan daripada bahasa Inggeris untuk tiga surat itu waima tidak disiarkan menerusi buku Mahathir’s Selected Letters to World Leaders pada 2008.

Mahathir malahan ketika pelancaran rasmi buku setebal 239 halaman dan disunting oleh bekas Duta Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Tan Sri Abdullah Ahmad itu, turut mengakui ada menulis surat sulit tersebut.

Namun secara nada jenaka, beliau mendakwa tidak sempat pula memasukkan tiga surat berkenaan dalam buku itu kerana ada lebih 200 pucuk surat yang belum dapat disemak dan ada juga masih diklasifikasi sebagai rahsia negara.

Untuk rekod, Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat dan didalangi DAP sehingga kini tidak pernah bersuara dalam isu Palestin termasuk paling baharu, pengiktirafan Baitulmaqdis oleh AS sebagai ibu kota Israel.

Semua maklum, DAP sendiri secara jelas diwarisi daripada PAP yang memerintah Singapura sejak pulau republik kecil itu berpisah daripada Malaysia pada 1965 dan mempunyai hubungan amat rapat dengan rejim Tel Aviv.

Justeru segala berita penindasan Zionis terhadap Palestin dikawal ketat pihak pemerintah Singapura waima DAP sendiri pernah berhasrat buka Kedutaan Israel di Kuala Lumpur jika memerintah Malaysia! – Mynewshub.cc/HAA

Tiada ulasan: