Pengerusi
PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas
selesai Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Ideal Convention Centre Shah
Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI
SHAH ALAM – Segala kenyataan yang dibuat penganalisis
politik, Raja Petra Kamarudin tidak boleh dipercayai kerana beliau
seorang ‘kaki botol’ dan tidak berada di negara ini.
Demikian tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mengulas dakwaan
penulis blog itu membuat rundingan dengan pemimpin Barisan Nasional.
“Saya hairan tanya soalan berkenaan dengan Raja Petra. Dia itu mabuk,
dia minum selalu, dia tak bercakap betul, dia tak tahu apa, dia duduk
di London.
“Ini kerana dia dapat sogokan daripada orang tertentu, anda tekalah
siapa orang itu,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Agung
Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pusat Konvensyen Ideal
hari ini. Pengerusi
PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengangkat tangan tanda sempurnanya perhimpunan sambil diiringi Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua
kiri), Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua kanan)
dan Timbalan Presiden PPBM, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman (kanan) pada
Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Ideal Convention Centre Shah Alam,
Selangor. foto IQBAL BASRI,
Beliau mengulas dakwaan Raja Petra di portal berita Malaysia-Today
semalam wujud rundingan antara Mahathir dengan Datuk Seri Najib Tun
Razak untuk memasukkan semula Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke dalam BN.
Ia bertujuan bagi membolehkan Mukhriz bertanding pada PRU-14 sebelum
dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika BN memenangi dua pertiga
dalam pilihan raya itu dan membentuk Kerajaan Persekutuan.
Mahathir juga berkata, tindakan Raja Petra itu juga yang kerap
mengeluarkan kenyataan politik bukan hanya memburukkan beliau sebaliknya
ia merugikan pihak yang menajanya.
“Dia sekejap-sekejap mesti keluar kenyataan yang sebenarnya
memburukkan bukan saya tapi orang yang bayar duit kepada dia,” katanya
lagi. – MalaysiaGazette.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan