HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 Disember 2017

Sekolah sukarela Selayang beri harapan kepada kanak-kanak Rohingya

 
Sekolah Pelangi Kasih di Taman Selayang bukan sekadar menyediakan pendidikan percuma kepada lebih 150 kanak-kanak Rohingya.


Kanak-kanak Rohingya di sekolah tidak rasmi untuk pelajar pelarian Pelangi Kasih di Taman Selayang, Batu Caves.
Kanak-kanak Rohingya di sekolah tidak rasmi untuk pelajar pelarian Pelangi Kasih di Taman Selayang, Batu Caves.


KUALA LUMPUR: Walaupun perlu bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai, sebuah sekolah tidak rasmi di Taman Selayang terus menyediakan pendidikan dan sokongan moral kepada lebih 150 kanak-kanak pelarian Rohingya setiap hari.

Guru Besar Sekolah Pelangi Kasih, Rafiq Ismail memuji sukarelawan yang membantunya dan berkata mereka sangat berdedikasi sehingga turut menggunakan pusat itu untuk membantu golongan memerlukan di kawasan sekitar.

“Kami mengagihkan makanan kepada orang miskin di sekitar ini setiap bulan,” katanya ketika ditemui FMT di sekolah itu.

 Selain pendidikan, Sekolah Pelangi Kasih turut memberi sokongan moral kepada kanak-kanak Rohingya.

Selain pendidikan, Sekolah Pelangi Kasih turut memberi sokongan moral kepada kanak-kanak Rohingya.

“Kami satu-satunya pusat sehenti untuk pelarian Rohingya di Lembah Klang dan ada ramai yang datang mendapatkan bantuan. Jadi, kami memerlukan sebanyak mungkin bantuan yang kami boleh dapatkan.”

Setiap pagi, kanak-kanak yang melarikan diri bersama keluarga mereka dari keganasan di Myanmar, datang ke sekolah berkenaan untuk belajar dan bermain bersama rakan mereka.

Antara pelajar Rohingya dalam kelas.
Antara pelajar Rohingya dalam kelas.

“Dari jam 9 pagi hingga tengah hari, kami ajar mereka subjek akademik biasa seperti bahasa Malaysia, Inggeris dan sains, manakala dari 2 hingga 6 petang kami ajar mereka agama Islam,” kata Rafiq yang berusia 42 tahun.

Lima daripada 9 guru di sana mengajar mata pelajaran akademik, manakala baki 4 lagi mengajar agama Islam.

Kanak-kanak itu yang kebanyakannya dari sekitar Batu Caves dan Selayang turut diberikan makanan pada waktu rehat.

Tiada ulasan: