Timbalan Menteri Dalam Negeri menyifatkan janji dibuat Mahathir itu sukar dipercayai kerana beliau adalah seorang pemimpin diktator semasa pentadbirannya malah terkenal memenjarakan musuh politiknya.
“Bolehkah harimau bintang padam bintik-bintik pada badannya.. tak bolehkan? Dulu siapa yang guna ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), Ops Lalang demi kepentingan dia, sekarang ini dia sudah terkeluar dan tidak lagi memegang kuasa. Sekarang dia hanya nak memastikan anaknya dapat jadi Perdana Menteri suatu hari nanti, sama ada menggunakan kenderaan BN (Barisan Nasional) atau pembangkang itulah matlamatnya.
“Saya tidak percaya dia akan bertindak liberal dan memberi kebebasan bersuara yang bertentangan dengan jiwanya yang sebenar iaitu seorang yang diktatorial,” beliau dipetik berkata dalam satu program di Johor hari ini.
Jazlan mengulas janji Mahathir untuk mengembalikan hak bersuara semasa Perhimpunan Agung Tahunan PPBM hari ini.
Nur Jazlan juga mendakwa Mahathir hanya mempunyai kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata.
“Lidah dia bercabang, sekejap dia kata sayang UMNO, kemudian dia kritik UMNO. Akhirnya kepentingan diri dia sendiri merupakan matlamat utama, saya tak menolak kemungkinan dia menggunakan pendekatan serampang dua mata.
“Sekarang dia bersama pembangkang, lepas pru nanti saya tak menolak kemungkinan dia kembali kepada UMNO dengan syarat-syarat tertentu, ini perangai Tun Mahathir” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan