HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 Disember 2017

Salah eja 'Mary' dan 'Years' Malaysia Airports Holding mohon maaf

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) memohon maaf kepada semua pihak atas kesalahan ejaan dalam bahasa Inggeris pada kain rentang Selamat Menyambut Krismas dan Tahun Baru yang dipasang di Lapangan Terbang Kota Bharu.
 
Menurutnya dalam satu kenyataan, kain rentang itu telah dialihkan semalam selepas pihaknya mendapati terdapat kesalahan ejaan.
 
“Pihak MAHB memberi jaminan kesalahan pada kain rentang ini tidak berlaku di lapangan terbang lain,” katanya di sini hari ini.
 
Kain rentang itu yang ditularkan sejak semalam telah mendapat teguran daripada orang ramai kerana mempunyai kesalahan ejaan pada ucapan “Mary Christmas” and “Happy New Years” yang sepatutnya dieja sebagai “Merry” dan “Year”.
 
Sementara itu, MAHB turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menunjukkan keprihatinan terhadap isu tersebut.
 
 

Tiada ulasan: