KUALA LUMPUR – Sebuah agensi pelancongan yang dipercayai
didalangi oleh beberapa individu berpengaruh termasuk seorang Exco
Pergerakan Pemuda UMNO didakwa menipu dan menyeleweng wang sebanyak
hampir RM1 juta.
Syarikat pelancongan tersebut didakwa telah menipu seramai 347 pengguna yang membeli pakej pelancongan ke luar negara termasuk Eropah, Asia dan Turki.
Salah seorang mangsa yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu, Arffain Haji Mohamed, 61, mendakwa, pihaknya telah membuat berpuluh-puluh laporan polis terhadap syarikat tersebut namun sampai sekarang tiada sebarang tindakan.
Jelas Arffain, pemilik syarikat berkenaan yang turut diterajui oleh ahli keluarga terdekat dipercayai mempunyai pengaruh sehingga menjadikan mereka ‘kebal’.
“Sebenarnya syarikat ini telah banyak menipu pelangganya yang rata-rata dari mereka sebenarnya adalah Melayu dan pesara serta warga emas.
“Niat kami hanya mahu melancong dan kami tertarik dengan pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat ini kerana ternyata mereka jauh lebih murah. Padahnya, apabila tiba tarikh untuk terbang ke destinasi, baru kami sedar telah ditipu.
“Pada awalnya, kami cuba berunding secara baik dengan syarikat ini namun mereka bukan sahaja tidak mahu membayar kembali wang kami malah ‘bongkak’ kerana rasa mereka kebal,” katanya dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman hari ini.
Arffain yang juga merupakan seorang pesara tentera bersama-sama mangsa lain yang telah ditipu turut membuat laporan kepada polis namun pihaknya belum dimaklumkan dengan apa-apa maklumat.
“Kami sebenarnya kecewa kerana suara kami seolah-olah tidak didengari, pihak berkuasa juga seolah-olah buat tidak endah sahaja. Adakah kerana yang terlibat ini mempunyai kuasa serta pengaruh politik?
“Kami sangat berharap, TDK tampil telus dan memulangkan kembali wang kami. Kami tidak akan berhenti berjuang sehingga wang kami dipulangkan. Nilainya bukan sedikit malah sekiranya pihak berkuasa lepas tangan, mungkin nilai penipuan akan meningkat dua kali ganda,” tegasnya.
Setiap mangsa akan diminta membayar wang deposit sebanyak RM500 dan ke atas selepas membuat pilihan pakej pelancongan ke destinasi masing-masing.
Mereka kemudian akan diminta membuat pembayaran penuh sebelum 45 hari dari tarikh penerbangan tersebut.
Setiap transaksi dilakukan melalui kaedah perbankan online.
Dalam pada itu, seorang pesara dari Kementerian Pelancongan, Noor Mazenah, 60, melahirkan kekesalan kerana beliau telah ditipu sebanyak RM12,350 pakej ke Korea.
“Apa yang paling saya kesalkan, pihak syarikat tidak langsung takut untuk menipu walaupun mereka mengetahui saya adalah pesara dari Kementerian Pelancongan.
“Saya telah menulis surat rasmi kepada mereka malah ada memberitahu mereka saya tidak teragak-agak untuk membuat aduan kepada Tribunal Pengguna namun semua ini tidak diendahkan.
“Kami rasa sangat teraniya sebenarnya, begitu senang sekali mereka menipu dan masih lagi meneruskan perniagaan pelancongan tanpa apa-apa sekatan,” ujarnya.
Usaha Malaysia Gazette menghubungi pemilik syarikat terbabit gagal dan mesej yang dihantar tidak dibalas.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan