DETIK DAILY
Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
MUTAKHIR ini pelbagai fitnah dan serangan kepada
ADUN-ADUN PAS di Selangor sehingga menimbulkan persepsi mereka ini tiada
prinsip perjuangan dan akan keluar dari PAS.
Saya telah menemui mereka yang difitnah ini, sama ada berceramah
sepentas dengan mereka atau mengadakan perbincangan dengan mereka. Ingin
saya tegaskan bahawa berita itu hanya fitnah jahat golongan terdesak
untuk menyambung nyawa-nyawa ikan sebelum PRU14.
Saya telah saksikan sendiri bagaimana ADUN-ADUN PAS tetap
beristiqamah dengan parti di dalam pelbagai isu yang melanda Kerajaan
Selangor. Mereka sangat tabah, sabar dan tetap patuh kepada keputusan
parti.
Akibat kesabaran dan ketabahan mereka inilah wujud pihak yang dengki,
iri hari dan berusaha mencetuskan api fitnah agar wujud rasa curiga
antara satu sama lain, dan dalam kalangan ahli PAS.
Di sini, saya ingin mengingatkan semua dengan amaran Rasulullah:
"Fitnah adalah sesuatu yang sedang tidur, Allah melaknat siapa yang
mengejutnya."
Kepada semua ahli dan pimpinan PAS, kita perlu bersedia menghadapi
gelombang fitnah yang dipercayai akan lebih dahsyat menjelang PRU14
nanti.
Marilah kita memberi fokus kepada persediaan PRU14 akan datang.
Kerana inilah tugas utama kita sekarang. Jangan biar pihak-pihak yang
sengaja mengganggu tumpuan kita dengan memainkan pelbagai isu fitnah.
Istiqamah sehingga kemenangan.
*Tuan Ibrahim Tuan Man,Timbalan Presiden PAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan