HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 Februari 2018

PM: Sistem pendidikan antara penyebab pembahagian kaum



najib-fmt-3


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat pembahagian kaum (compartmentalization) dalam masyarakat hari ini sebahagiannya disebabkan oleh sistem pendidikan negara.

Beliau berkongsi pandangannya ketika menerima soalan daripada hadirin di sesi bertemu masyarakat bersama kakitangan syarikat Axiata dan Celcom di Stadium Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini.

Najib menghuraikan jawapan ketika ditanya tentang jurang antara kaum yang meluas dan adakah beliau bimbang ke mana negara sedang menuju.

“Dalam erti kata, saya percaya kita masyarakat yang harmoni kerana tidak ada rusuhan kaum dan konflik yang boleh dilihat di negara-negara lain walaupun kita masyarakat yang majmuk. Banyak perkara boleh jadi tak kena tetapi kita hidup damai dan harmoni.”

“Tetapi kalau anda bercakap tentang kehidupan secara terbahagi-bahagi (compartmentalize), ya. Itu sebahagiannya disebabkan oleh sistem pendidikan kita.”

Beliau bercakap kepada kira-kira 400 kakitangan Axiata dan Celcom petang tadi yang disusuli dengan sesi foto berkumpulan dan teh tarik bersama beliau.

Najib berkata ada perbezaan ketara warga sekolah di zamannya, yang lebih majmuk, berbanding warga sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan dan aliran agama hari ini.

“Anda telah melalui perubahan struktur dalam masyarakat di mana kita hidup, belajar secara terbahagi-bahagi,” katanya.

Beliau dalam nada serius berkata tiada penyelesaian segera kepada keadaan itu apabila kita menerima sekolah pelbagai aliran sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.

“Kita terpaksa menerimanya dan mengajar nilai-nilai teras tertentu seperti belajar melalui interaksi antara kita dan saling hormat-menghormati.

“Sekiranya anda boleh menanam nilai-nilai terus itu maka Malaysia akan terus menjadi sebuah negara yang akan berkembang secara aman dan harmoni.”

Siap sedia untuk revolusi 4.0

Sementara itu, Najib berkata revolusi Industri 4.0 akan diberi keutamaan sekiranya Barisan Nasional diberi mandat untuk terus memerintah pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Revolusi ini sebahagian trend kemajuan industri dari revolusi pertama (penjenteraan, kuasa air dan stim), revolusi kedua (pengeluaran besar-besaran, barisan pemasangan, elektrik) dan revolusi ketiga (komputer dan automasi).

Revolusi 4.0 melibatkan sistem siber-fizikal, Internet of Things, pengkomputeran awan dan pengkomputeran kognitif.

Najib berkata pentadbirannya mahu melihat perkara itu dengan lebih rapat dan akan membuat beberapa perubahan pada sistem pendidikan “bagi memastikan sistem kita dapat menyampaikan kemahiran yang perlu untuk Era Digital”.

“Saya rasa itu yang kita mahukan,” katanya.

Tiada ulasan: