HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Februari 2018

Amanah Kuala Krai dakwa partinya makin diterima

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA KRAI: Pemangku Ketua Amanah Kawasan Kuala Krai, Tajudin Abdul Majid mendakwa rakyat serta pengundi di kawasan itu semakin menerima kewujudan partinya.
 
“Ketika awal penubuhan ramai yang masih sangsi dengan Amanah, tetapi kini kita berjaya masuk ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang menjadi kubu kuat Pas dan BN.
 
“Penerimaan rakyat juga membolehkan kita mempunyai 41 PDM di seluruh Parlimen Kuala Krai walaupun ketika ini usia Amanah baru masuk dua tahun,” katanya.
 
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Parlimen Kuala Krai bagaimanapun tidak menafikan ramai yang menyokong parti itu secara bersembunyi.
 
“Sekiranya ada ceramah, 50 peratus penyokong parti hanya mendengar dari jauh.
 
“Mereka tidak mahu ada yang mengetahui mereka penyokong Amanah,” katanya.
 
Beliau meluahkan keyakinan situasi itu hanya bersifat sementara dan akan berubah menjelang PRU.
 
“Tetapi kita tetap bersyukur ada dalam kalangan ahli yang secara sukarela menawarkan diri untuk berbakti kepada parti,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: