HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Februari 2018

Hanya sempat capai kain sarung selamatkan bayi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
TAWAU: Seorang ibu berkemban meredah api demi menyelamatkan bayi lelaki berusia 16 bulan dalam kebakaran pagi tadi.
 
“Saya hanya sempat capai kain sarung dan dalam keadaan berkemban berlari keluar untuk menyelamatkan diri sebelum tersedar bayi masih dalam bilik tidur.
 
“Tanpa mempedulikan keselamatan diri, saya masuk semula dan terus meredah api untuk selamatkan bayi saya,” kata Ratna Beddu, 44, lapor Harian Metro.
 
Ibu tiga anak itu sedang mandi manakala anaknya Yazid Marsuki tidur di buaian sebuah bilik ketika kebakaran berlaku.
 
Kejadian di Kampung Batu 14 Jalan Apas di sini 10.30 pagi itu memusnahkan dua rumah papan.
 
Seramai 15 anggota bomba dari balai bersama dua jentera  terlibat memadam kebakaran. Tiada kemalangan jiwa dilapor.
 
 

Tiada ulasan: