HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Februari 2018

Polis Indonesia siasat video didakwa Adelina didera

 
Polis Indonesia berkata video itu sudah diteliti dan sedang menunggu pengesahan daripada polis Malaysia. 


Adelina-Lisao-video-viral
Tangkap layar Youtube


PETALING JAYA: Polis Indonesia sedang menyiasat video tular yang didakwa memaparkan penderaan pembantu rumah rakyatnya, Adelina Lisao, yang meninggal dunia di Pulau Pinang 11 Februari lalu.

Portal Tempo.co memetik Ketua Biro Penerangan Polis Indonesia Brig Jen Muhammad Iqbal sebagai berkata mereka sudah meneliti video itu dan sedang menunggu pengesahan identiti mangsa daripada polis Malaysia.

“Proses siasatan belum selesai,” kata Iqbal kepada portal itu semalam.

Pada Sabtu, polis Malaysia dilaporkan berkata video tular itu tiada kaitan dengan kes Adelina, mangsa bukan rakyat Indonesia itu, dan bukan dirakamkan di tempat Adelina didakwa didera.

Video 2 minit 13 saat itu memaparkan seorang wanita yang sedang mencangkung, ditendang dan dipijak seorang wanita lebih tua.

Pada satu ketika, seorang lagi wanita muncul membuang air daripada baldi ke dalam longkang bersebelahan mereka.

Wanita lebih tua itu kemudiannya mengambil sebatang kayu dan memukul mangsa beberapa kali.

Pada 21 Februari lalu, Ambika MA Shan, 60, didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas dakwaan membunuh Adelina, 21, di rumahnya pada 10 Februari lalu.

Anak perempuannya, Jayavartiny Rajamanickam, 36, pula didakwa mengambil Adelina, yang tidak memiliki permit sah, bekerja antara Mac 2017 dan 10 Februari lalu.

Di Indonesia, polis berjaya menahan 2 suspek yang didakwa terlibat dalam penghantaran Adelina ke negara ini.

Polis berkata 2 suspek terbabit adalah jiran mangsa dan sering terbabit dalam merekrut penduduk tempatan bekerja ke luar negara.

Tiada ulasan: