Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Usaha kerajaan untuk menggubal satu lagi undang-undang baru
bagi mengekang penyebaran berita-berita palsu di laman internet
nampaknya diterima baik oleh majoriti rakyat di negara ini.
Ratanya-ratanya yang ditemui dalam tinjauan Antarapos, menyifatkan
undang-undang itu memang satu keperluan memandangkan terlalu banyak
berita yang tidak betul disebarkan melalui pelbagai laman media sosial
seperti aplikasi WhatsApp dan Facebook.
Bagi
Lyn yang merupakan seorang pekerja swasta, beliau memberitahu bahawa
dirinya sering menerima pelbagai jenis berita palsu yang disebarkan
melalui WhatsApp.
Malah katanya, beliau juga kadang-kala berasa takut dengan berita palsu yang diterimanya itu.
“Memang takut (kalau terima berita palsu), tapi memang saya tidak
terima dulu berita palsu itu sebab kena siasat dulu betul atau tidak.
“Kalau saya terima berita palsu, saya akan siasat dulu, sebab kita pun
boleh tengok dahulu, jadi tidak mudah percaya, siasat dahulu,” katanya
ketika ditemui Antarapos.
Sementara itu bagi Krishna, beliau juga mengakui sering melihat dan
menerima berita-berita palsu, namun mengambil langkah bijak untuk tidak
sewenang-wenangnya menyebar berita yang diterimanya.
Ujarnya, penyebaran berita-berita palsu itu secara tidak langsung akan
memberi kesan buruk kepada nama yang terpalit, sehingga kadang-kala
menjatuhkan air muka seseorang.
Justeru
katanya, undang-undang baru itu memang wajar ditubuhkan bagi memastikan
masalah itu mampu dibendung daripada terus melarat.
“Kadang-kadang saya tengok dalam Facebook atau WhatsApp, saya tengok
sahaja, selepas itu saya fikir dulu sebelum sebarkan sebab nanti kalau
sebar, orang yang terlibat akan hadapi masalah, sebab itu kita elakkan
kesulitan itu berlaku kepada mereka.
“Untuk diri saya, memang saya setuju dengan usaha kerajaan ni, kerana
ia akan membantu mengelakkan kesulitan berlaku antara mangsa-mangsa
berita palsu, harap kerajaan boleh buat tu," katanya.
Rakyat lebih waspada
Dalam
pada itu, seorang suri rumah, Mariana, juga menyokong langkah yang
diambil kerajaan apabila mahu menubuhkan undang-undang baru itu.
Katanya, dengan adanya undang-undang tersebut, rakyat akan menjadi lebh
berhati-hati sebelum menyampaikan sesuatu berita, malah ia juga mampu
menangani rasa takut masyarakat terhadap sesuatu berita yang disebarkan.
“Setuju, sebab nanti berita palsu tidak masuk ke minda masyarakat,
kalau benda itu palsu mereka akan takut, kalau betul tidak mengapa, jadi
saya setuju (undang-undang baru diwujudkan bagi mengekang berita
palsu).
Awal tahun ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina
Othman Said mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa khas bagi
mengkaji undang-undang baru bertujuan membendung berita palsu yang boleh
mengancam kestabilan politik, menggugat ketenteraman awam dan
keselamatan negara.
Jawatankuasa tersebut sudah bermesyuarat buat kali pertama minggu lepas
dengan dihadiri wakil Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara,
Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Majlis Keselamatan Negara (MKN)
serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Bahagian Hal
Ehwal Undang-Undang.
Undang-undang tersebut dijangka dibentang ke Kabinet selepas Tahun Baru Cina.
Menurutnya, draf mengenai perincian itu termasuk mengenai definisi
berita palsu dan hukuman yang sesuai kepada penyebar berita palsu.
Katanya, sebanyak tiga sesi perbincangan diadakan dengan pelbagai pihak
termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil media, agensi
undang-undang serta pemimpin masyarakat mengenai undang-undang berita
palsu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan