HALAMAN SANTAI
Ahad, 25 Februari 2018
Skandal Tanah Ijok : Azmin “Wajibkan” Ambil Firma Guaman PKR Urus Agihan Duit – CheguBard
Sebaik sahaja Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor beliau memecat firma guaman Edmund Bon yang dilantik MB Selangor sebelumnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan melantik firma guaman baharu, milik kroninya, Sivarasa Rasiah, firma guaman Daim & Gamany bagi menguruskan kes skandal tanah di Ijok di antara syarikat pemaju dan kerajaan negeri.
Semasa kes itu diuruskan oleh firma guaman Edmund Bon, Kerajaan Negeri Selangor menewaskan tuntutan syarikat pemaju dengan memenangi kes itu di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Namun, apabila Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin menukar firma guaman kepada syarikat milik Sivarasa Rasiah, firma guaman itu membuat rundingan di luar mahkamah yang berpihak kepada pihak syarikat pemaju.
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dalam rakaman LIVE Facebook hari ini mendedahkan lima keping dokumen berkaitan dengan skandal tersebut.
“Tunjukkan bukti dokumen mahkamah Azmin “wajibkan” ambil syarkat guaman pemimpin PKR untuk urus termasuk agihan duit.. Jadi Sivarasa kena jawab ke mana duit dan siapa dapat kick back…
“Berapa banyak orang tengah dan consultant (perunding) dibayar… dan berapa pula Sivarasa dapat dari rundingan ini…,” soal CheguBard dalam Facebook.
Lima dokumen yang dilampirkan dengan keterangan CheguBard seperti berikut :
Gambar 1. & 2. Jelas surat dua syarikat gagal yang kononya kroni BN bertandatangan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan
Gambar 3. & 4. Petikan dokumen penyelesaian luar mahkamah oleh Azmin yang mewajibkan melantik syarikat peguam pemimpin PKR
Gambar 5. Carian maklumat mengenai syarikat peguam Daim & Gamany itu menemui kaitan Tun Daim Zainuddin ..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan