OLEH NAZLI IBRAHIM
SHAH
ALAM: Penyelesaian isu tanah di Mukim Ijok bukan sahaja
melegakan 980 keluarga peneroka yang menerima pampasan tunai RM180,000
dan rumah RM400,000, sebaliknya turut memberi kelebihan kepada Kerajaan
Negeri.
Penyelaras Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad
berkata, penyelesaian menang-menang itu membolehkan Kerajaan Negeri
mendapat habuan 1,000 ekar tanah dengan nilai pasaran dianggarkan RM750
juta.
“Peneroka bergembira dengan bayaran tunai dan akan mendapat rumah impian mereka bernilai RM450,000 apabila siap.
“Oleh
kerana komitmen Dato’ Menteri Besar kepada penyelesaian yang baik itu,
Kerajaan Negeri juga mendapat habuan 1,000 ekar dan anda nilai sendiri
penyelesaian antara mantan juga penyandang Menteri Besar sekarang ini
secara adil,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas dakwaan
dilemparkan kepada Kerajaan Negeri, Dzulkefly menyifatkannya sebagai
fitnah apabila pihak terbabit gagal menyelesaikan isu yang berlarutan
sejak sekian lama.
Katanya, Umno-Barisan Nasional (BN) melalui
Pengarah Strategi dan Komunikasinya, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
jelas tidak memahami ‘global formula’ yang bersifat ‘menang-menang’
untuk semua pihak termasuk peneroka serta pemaju yang digunapakai
kerajaan negeri.
Pada masa sama, Dzulkefly berkata, formula
penyelesaian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh mengundang risiko dengan
terpaksa membayar ratusan juta ringgit kepada pemaju berdasarkan kadar
komersial seperti kes kejayaan Maybank menyaman Kerajaan Negeri dalam
rampasan tanah sama.
“Agak lucu kerana seorang korporat tidak tahu
yang bank sudah memberi kredit atau pinjaman punya hak yang tidak bolih
diatasi atau dikalahkan (indefeasible charge) ke atas tanah itu.
“Mereka
berhak melelong tanah itu untuk mendapatkan bilion ringgit pinjaman
yang diberikan kepada pemaju kroni tadi. Nyata Khalid tidak langsung
menghitung kemaslahatan dan risiko peneroka yang akan hilang segala
hak,” katanya.
Beliau berkata, kemenangan Kerajaan Negeri di
mahkamah sebelum ini hanyalah disebabkan kelemahan teknikal pihak pemaju
yang melepasi 40 hari rayuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan