SEGAMAT: PAS Sekijang
telah menyantuni kaum Tionghua menjelang sambutan Tahun Baharu Cina di
Kampung Jawa, Kampung Abdullah dan Pekan Jabi, di sini.
Turut diziarahi masyarakat Cina di
Kampung Tengah yang terletak di Dun Pemanis di mana program tersebut
dianjur Pusat Aduan Rakyat Dun Pemanis dan Lajnah Perpaduan Nasional
Sekijang.
Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Pemanis,
Normala Sudirman berkata, PAS Sekijang meneruskan semangat muhibah dan
setia kawan terhadap kaum Tionghua.
"Ini adalah lambang keharmonian
masyarakat majmuk di Malaysia. Ramai masyarakat Cina gembira menerima
kedatangan rombongan PAS dengan pemberian limau tanda saling hormat
menghormati.
"PAS tidak pernah membenci orang Cina
kerana Islam menggalakkan umat Islam saling menghormati budaya dan
anutan agama kaum lain," katanya pada program tersebut.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi
Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor berkata, PAS Sekijang optimis tidak
semua orang Cina penyokong DAP.
Menurutnya juga walaupun berbeza pendirian politik namun persahabatan dengan masyarakat Cina tetap terjalin erat.
Sempena lawatan muhibah tersebut kain
rentang dan sepanduk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina digantung di
sekitar Dun Pemanis. -HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan