DETIK DAILY
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF-
SEMENTARA media massa yang membuat liputan ke atas Perbincangan Meja
Bulat Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis
Profesor Negara di Hotel Istana, Kuala Lumpur, yang saya hadiri hari ini
menulis mengenai dapatan kaji selidik Prof Mohd Fuad Mat Jali di Johor
pada bulan Januari dan bulan Februari 2018.
Bahawa 54.9 peratus daripada responden beliau menjangka BN akan menang
bagi kerusi DUN Johor dalam PRU 14, atau bahawa 58.1 peratus daripada
responden beliau menyebut akan mengundi BN bagi kerusi DUN Johor dalam
PRU 14, saya selaku anak Kelantan lebih berminat dengan kenyataan sambil
lalu beliau dalam pembentangan beliau itu bahawa kajian sama beliau di
Kelantan mendapati bahawa PAS akan tetap mempertahankan kuasanya di
Kelantan dalam PRU 14.
Bagi memastikan bahawa saya tidak tersilap dengar kenyataan beliau pada
sesi pagi, saya telah duduk di sebelah beliau pada sesi petang
membabitkan Prof Ulung Shamsul Amri Baharuddin, Datuk Kamarudin Mohd Noor dan Dr Zuhdi Marzuki dalam mana beliau mengesahkan kenyataan beliau
itu dengan menyebut bahawa kaji selidik beliau di Kelantan memang
mendapati bahawa status quo akan kekal di Kelantan dalam PRU 14.
Apa pun, tahniah diucapkan kepada Kluster Politik, Keselamatan dan Hal
Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara di atas kejayaan penganjuran
Perbincangan Meja Bulat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan