HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Februari 2018

Robert Kuok nafi cuba jatuhkan kerajaan BN

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Jutawan tanah air, Tan Sri Robert Kuok menafikan dakwaan bahawa beliau cuba menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menyalurkan dana kepada parti pembangkang iaitu DAP.
 
Kuok bertegas menafikan dakwaan tiga artikel yang disiarkan menerusi blog Malaysia Today iaitu Pembiayaan Sulit Malaysia Insight dan Robert Kuok mahu Cina memerintah di Malaysia pada 21 Februari serta Peluang terakhir Robert Kuok untuk menukar kerajaan pada 23 Februari.
 
“Kuok masih mempunyai semangat dan jati diri sebagai seorang warganegara dan tidak akan pernah melupakan jasa pemimpin terdahulu yang banyak membantunya sehingga berjaya,” katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pejabatnya hari ini. 
 
Menurut siaran akhbar itu, Kuok menafikan bahawa beliau telah menaja dan membiayai portal The Malaysian Insight dan pakatan pembangkang dengan tujuan menggulingkan kerajaan BN ketika ini

Tiada ulasan: