HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 April 2018

Sultanah Maliha dimasyhurkan Sultanah Kedah

ANTARAPOS

Post Pic


ALOR SETAR: Sultanah Maliha Tengku Ariff hari ini dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah pada majlis penuh adat istiadat diraja yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Anak Bukit di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah membacakan Watikah Pemasyhuran Sultanah Kedah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
 
Sultanah Maliha kemudian menghadap Sultan Sallehuddin dalam Istiadat Menjunjung Duli. Serentak itu, 21 das tembakan dilepaskan.
 
Dalam istiadat pemasyuran itu, Sultan Kedah turut berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin (SSSK) kepada Sultanah Maliha.
 
Sultanah Kedah, 69, yang diputerikan di Kota Bharu, Kelantan merupakan anakanda ketiga daripada tujuh adik-beradik.
 
Baginda yang merupakan cucunda Sultan Kelantan yang ke-27, Sultan Yahya Petra berkahwin dengan Sultan Sallehuddin pada 26 November 1965.
 
Istiadat pemasyhuran itu turut dihadiri Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah,  Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.
 
 

Kor Ming, Kuan Yau biadab, kata Hasim Jasin

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
ARAU: Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan, Hee Kuan Yau yang menggunakan kata-kata kesat dan merendah-rendahkan orang Melayu serta Islam dalam ceramah mereka disifatkan sebagai keterlaluan dan biadab.
 
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, tindakan pemimpin DAP itu sememangnya sudah dijangka kerana mereka sentiasa menanti peluang untuk menyerang.
 
Sehubungan itu, Hashim menyeru supaya umat Islam di negara ini segera berhenti daripada bertelagah atau menentang sesama mereka sehingga akhirnya menampakkan kelemahan sendiri, memetik Utusan Online hari ini.
 
“Pertama saya lihat keberanian dan keceluparan pemimpin DAP merendah-rendahkan orang Melayu memang tidak bolehlah.
 
“Tetapi, kita juga perlu ingat kenapa orang (DAP) berani memburukkan kita. Bagi saya disebabkan kesalahan antara kita juga yang tidak menyokong sesuatu perkara melibatkan kebaikan Islam.
 
“Sebagai contoh, kita ajak orang Islam sendiri kepada Islam seperti RUU355 (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016) tetapi terdapat dalam kalangan kita (orang Islam) tidak setuju.
 
“Apabila orang Islam menentang Islam dan mereka (DAP) lihat secara tidak langsungnya dia semakin berani untuk menyerang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sikap biadab Kor Ming dan Kuan Yau dalam ceramah mereka yang sering dicemari kata-kata kesat dan menghina kaum lain.
 
 

Calon Orang Asli Gua Musang terkejut Cina sokong PH

 
Calon PKR DUN Galas, Nasir Dollah mengakui tidak semua Orang Asli menyokongnya, namun yakin lebih 50% akan bersamanya.


Nasir (berbaju merah) ketika menyatuni penduduk sekitar DUN Galas.


GUA MUSANG: Calon Orang Asli mewakili PKR bagi kerusi DUN Galas di Parlimen Gua Musang mengaku terkejut dengan sokongan luar biasa yang diberikan masyarakat Cina kepadanya.

Nasir Dollah berkata sejak 2 hari beliau menjadi calon PKR untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14), majoriti pengundi Cina di situ menyatakan sokongan penuh kepadanya walaupun berbeza keturunan.

“Bila saya bersama jentera parti masuk ke kawasan orang Cina, sambutannya luar biasa dan kebanyakan mereka berkata saya tidak perlu berkempen sebab mereka sokong saya dan mahu tukar kerajaan sedia ada,” katanya kepada FMT.

Nasir bagaimanapun menyedari tidak semua Orang Asli di situ menyokongnya, walaupun yakin lebih 50% akan bersamanya.

“Pengundi Orang Asli terbahagi 2, iaitu menyokong dan tidak menyokong. Daripada reaksi yang saya lihat, ramai orang di sini melihat pencalonan saya sebagai satu sejarah kerana ini kali pertama Orang Asli di Kelantan diletakkan sebagai wakil ke DUN.

“Mudah-mudahan ia memberi kelebihan kepada saya untuk disokong oleh keturunan sendiri,” katanya, sambil mengatakan kemenangan BN di Gua Musang selama ini adalah hasil sokongan masyarakat Orang Asli.

Berhubung sokongan pengundi Melayu pula, Nasir berkata beliau belum sempat turun ke lapangan untuk menemui mereka, walaupun percaya beliau tidak akan berhadapan masalah dengan kelompok pengundi majoriti itu kerana sudah biasa dengan orang Melayu.

Nasir bakal berdepan calon muka baharu BN, Mohd Syahbuddin Hashim dan wakil PAS, Suhaimi Mat Deris dalam ilihan raya 9 Mei depan.

Dalam PRU 2013, calon BN Ab Aziz Yusoff memenangi DUN Galas menewaskan calon PAS, Abdullah Hussin dengan majoriti 1,301 undi.

Gua Musang merupakan kubu kuat BN yang diterajui veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li.

Beliau menang di kerusi ini sejak 1986 dan sebelum itu Ulu Kelantan bermula 1974. Pada PRU kali ini, beliau sekali lagi mempertahankan kerusi ini mewakili BN menghadapi calon PKR, Mohd Nor Hussin dan calon PAS, Abdullah Hussein.

PAS mahu lonjak industri ternakan Terengganu

 
 
KUALA LUMPUR: Calon PAS bagi kerusi Dun Ru Rendang, Marang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PAS ingin melonjakkan industri penternakan di Terengganu.
 
Katanya, Malaysia mempunyai suasana yang sesuai bagi penternakan dan bahan penternakan yang mudah didapati.
 
Beliau yakin sekiranya dapat dilakukan lonjakan dalam industri penternakan maka ianya akan lebih baik daripada sekarang.
 
Tambahnya, Terengganu memiliki tanah yang tidak digunakan lebih banyak daripada negeri lain.
 
Beliau juga menyatakan bahawa petani dan penternak seharusnya diberikan insentif-insentif yang menarik.
 
“Kita juga percaya bahawa petani-petani dan penternak-penternak diberikan insentif-insentif yang menarik untuk membangunkan industri ini termasuk dari segi sistem sokongan, dari segi guna sama peralatan-peralatan dan bahan-bahan berkenaan ternakan yang kira sangat memberi kesan kepada industri penternakan,” jelasnya pada majlis ceramah malam tadi yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook.
 
Menurutnya, bahan-bahan makanan yang memiliki kos yang tinggi perlulah diberikan penekanan oleh industri dan dibantu oleh kerajaan.
 
Terang beliau industri penternakan mampu meningkatkan lagi taraf ekonomi terutamanya taraf ekonomi masyarakat Negeri Terengganu.
 
“Saya percaya ini sasaran besar kita yang akan dilakukan oleh PAS di Negeri Terengganu bagi melonjakkan industri pertanian dan tentunya perkara-perkara begini perlu dilakukan dengan kerjasama pihak di peringkat pusat.
 
“Kita percaya apa yang dilakukan sekarang tidak memadai di peringkat negeri bagi membantu industri ini supaya memberi keuntungan ekonomi kepada seluruh rakyat Terengganu,” kata beliau menjelaskan sasaran PAS Terengganu.
 
Sektor penternakan merupakan satu sektor yang berpotensi untuk dibangunkan di Terengganu dengan unjuran pada tahun 2020, Malaysia memerlukan 2.1 juta tan metrik pelbagai daging bagi menampung permintaan penduduk. – HARAKAHDAILY


Calon PM adalah calon imam

 

KETIKA kita menyambut kemerdekaan tahun 1957 tidak ada yang memikirkan seorang Tok Guru bukan sekadar imam solat Jumaat dan imam solat jenazah, bahkan imam bagi negara, kerajaan dan umat. Sekalipun imam itu adalah khalifah dan khalifah itu adalah imam sebenarnya, tetapi persepsi semua termasuk orang Islam perdana menteri bukan imam dan imam itu ketua solat saja.

Tetapi sekarang dengan siyasah syariah mulai berdaulat imam tidak sekadar mengetuai urusan ibadat dan berdekatan dengan Allah, bahkan imam yang seebnarnya adalah raja, presiden dan perdana menteri. Bila raja ada rajalah imam. Bila tiada raja perdana menterilah imam.

Kriteria ini mula terserlah di Malaysia. Al-Marhum TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan memang imam dalam erti kata sebenarnya, tetapi dalam keadaan tertentu ketika ada Sultan Tok Guru jadi makmum, Sultanlah imam.

Dan jika PAS beroleh majoriti atau menjadi kingmaker selepas PRU14 ini TG Presiden PASlah imam seperti yang selayak diamanah Allah kepada peciptaan manusia sebagai khalifah dan seperti yang Nabi ungguli. Tetapi selepas khalifah ar-Rasyidin antara khalifah layak jadi makmum saja, maka umat Islam tidak peka raja dan perdana menteri adalah imam.

Sementara di Malaysia yang masih wilayah dan kerajaan dikira Islam, berkewajipan kembali kepada kemahuan Islam yang awalun imam adalah perdana menteri dan perdana menteri adalah imam.

Maka PRU14 ini selain dari mengisi kerajaan, meneruskan kerajaan yang ada atau menggantikan dengan yang lain, maka tugas utama pengundi Islam ialah mencari imam yang menjadi perdana menteri.

Parti-parti politik dalam pertandingan tiga penjuru kali dikehendaki menyediakan calon perdana menteri. BN memang tidak perlu cari calon baru. Harapan menamakan Tun Mahathir ganti sementera Anwar. Manakala TG Haji Hadi tidak dinamakan imam/perdana menteri. Dalam perlumbaan ini beliau sedia jadi kingmaker dan ketika itu barulah difikirkan perdana menteri itu dan yang paling berkelayakan menjadi perdana menteri dan imam.

Maka sekarang tugas umat Islam ialah mencari perdana menteri yang berkelayakan sebagai imam.

Kta tidak gemar jika Pedana Menteri itu jujur, bersih, berakhlak dan berwibawa, tetapi tidak mampu menjadi imam. Dia mestilah menjalankan kerja perdana menteri sebagaimana bertanggungjawab kepada Allah semasa menjadi imam kerja-kerja ibadat.
Sebagai rakyat dan sebagai pengundi, hidup dan mati adalah kerana Allah, maka kita mesti ada harapan jenazah kita diimamkan oleh seoang ulama besar. Sebagaimana Sukarno mahu jenazahnya dimamkan oleh Hamka, dan demikian juga Presiden Assad yang status akidahnya diragukan tetapi keluarganya mahu dia diimamkan oleh ulama masyhur Syria, Said Ramadhan Buti. Rasa bahagialah jika jenazah diimamkan oleh mana-mana ulama yang dihormati masa ini dan ulama itu adalah perdana menteri.

Saya tidak merendahkan Mahathir dan Najib, kerana saya belum tentu lebih baik dari mereka, tetapi jika Najib terus jadi perdana menteri, jenazah saya berkemungkinan diimam oleh mana-mana Tok Guru tetapi bukan Perdana Menteri mengimaminya. Demikian juga kalau Mahathir perdana menteri. Jika dia imamnya saya tidak diimamkan oleh seorang imam yang sebenarnya.

Tetapi jika perdana menteri itu TG Haji Hadi, jika saya diimaminya, itulah hasrat utama saya.

Masa ini imam itu bukan setakat imam yang ditauliahkan oleh pejabat agama, tetapi imam itu adalah orang-orang politik yang berkelayakan dan dipilih oleh rakyat menjadi wakilnya.

Justeru, semuanya mahu perdana menteri jadi saksi berkhidmat sebagai imam rakyatnya. – HARAKAHDAILY

“Siapa kata saya nak sediakan peti mayat…itu tipu!” – Zahid

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan beliau akan menyediakan peti mayat untuk masyarakat India.

“Siapa kata saya nak sediakan peti mayat…itu tipu….yang kita sediakan adalah pakej untuk orang India yang meninggal.

“Hanya orang jahat sahaja yang kata saya sediakan keranda, saya sediakan peti mayat.
 
“Kita sediakan pakej untuk masyarakat India dan individu yang meninggal di bawah pengurusan HEMI- Hal Ehwal Masyarakat India seluruh Parlimen Bagan Datuk,” katanya.

Pada 21 Apr, Zahid, calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk, mengumumkan sebahagian manifesto khas BN Bagan Datuk buat masyarakat India membabitkan kebajikan dan pendidikan.

Manifesto khas Bagan Datuk sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mengambil kira kepentingan semua kaum itu dilancarkan Zahid pada Sabtu selepas penamaan calon di Dewan Hajah Tuminah di Kampung Nipah Darat di sini.

Zahid, penyandang anggota Parlimen Bagan Datuk berkata, manifesto khas itu termasuk perkhidmatan krematorium percuma, tuisyen percuma buat anak-anak India yang akan menduduki peperiksaan dan menyediakan 10,000 peluang pekerjaan melalui sektor perindustrian yang sedang membangun di Bagan Datuk.

 “Selain itu kita juga akan turut menyediakan program Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) kepada mereka yang berminat di Politeknik dan Kolej Komuniti Bagan Datuk.
 
“Saya juga akan melantik seorang setiausaha politik berketurunan India dari Bagan Datuk untuk bertugas di Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Ia adalah untuk membantu seluruh masyarakat India Bagan Datuk khususnya dan seluruh negara,” kata beliau.

[VIDEO]JANGAN ASYIK SALAHKAN SPR – KU NAN

Wartawan : SYAKIRIN DAUD Videographer : ZUL HAFIZ BAHRIN 

LIHAT VIDEO DI SINI


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar tindakan pembangkang yang kerap mencari kesalahan orang lain bagi menutup kelemahan diri sendiri.

Beliau berkata tindakan menuding jadi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan keadaan terdesak pihak pembangkang yang untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

“Mereka ini (pembangkang) tidak kira apa pun dia akan salahkan orang lain.

“Tapi bila kita tunjuk satu jari kepada orang lain, empat jari menunjuk ke arah kita.

“Jangan salahkan SPR, mereka telus jalankan kerja, dah nak kalah itu patut salahkan diri sendiri,”
katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Tempat Letak Kereta Bertingkat di Presint 9, Putrajaya pada Ahad.

Mengulas lanjut, Adnan yang merupakan calon pilihan BN di Parlimen Putrajaya turut menasihati pembangkang untuk menjaga parti sendiri berbanding orang lain.

Menurutnya sebagai seorang Setiausaha Agung UMNO, beliau lebih memahami perlembagaan parti dan tidak akan melaksanakan sebarang tindakan yang merugikan parti.

“Negara kita ada undang-undang, akur pada undang-undang. Yang dia ada masalah dengan parti sendiri selesaikan masalah parti sendiri.

“Ini tidak, sibuk nak salahkan UMNO, dakwa UMNO parti haram, tidak boleh guna logo BN.

“Mereka lupa siapa yang bawa UMNO ke mahkamah akan digugurkan keahlian. Itu ada dalam perlembagaan UMNO,” katanya.



PM: Pilih parti dapat ubah hidup lebih baik

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SANDAKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat berfikir secara bijak dan rasional dengan memilih parti yang boleh menjadikan hidup mereka lebih baik pada masa akan datang.
 
Beliau berkata kriteria yang perlu diberi perhatian adalah tidak harus memilih pihak yang memainkan emosi, slogan, menabur fitnah dan mengejar agenda peribadi.
 
"Itu bukan kriteria yang baik sebab itu kena guna akal fikiran untuk memilih siapa yang boleh menjadikan hidup lebih baik pada masa datang.
 
"Menyokong Barisan Nasional (BN) sebab kita semua tahu bahawa dalam pilihan raya, kita (kena) pilih apakah ukurannya, apakah kriterianya," katanya pada majlis perasmian Sekolah Kebangsaan Bahagia di Batu Sapi dekat sini, lapor Utusan Online.
 
Hadir sama Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, calon BN di kawasan Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin, calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong Datuk Samsudin Yahya dan calon BN DUN Karamunting Lim Kai Ming pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini

Tanding Bebas: Keahlian Panjamothy dalam MIC lucut serta merta - Subra

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SEGAMAT: Keahlian Datuk VM Panjamothy sebagai anggota parti MIC terlucut serta merta apabila ahli MIC itu mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi Parlimen Batu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).
 
Mengesahkan perkara itu, Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata mengikut perlembagaan parti MIC, mana-mana ahli akan gugur keahlian mereka secara automatik jika mereka bertanding untuk parti selain daripada MIC ataupun BN.
 
“Perkara ini hanya berlaku dalam jumlah yang kecil sahaja dalam satu atau dua kes sahaja berbanding 460,000 keahlian MIC seluruh negara dan ia tidak akan menjejaskan jentera MIC bagi menghadapi PRU ke-14,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan Panjamothy itu.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia Cawangan Segamat kali ke-21 di Auditorium Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jementah 2, di Segamat semalam.
 
Mengulas mengenai status seorang lagi ahli MIC, Datuk Seri S. Surash yang bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Jeram Padang, Negeri Sembilan, Dr Subramaniam berkata Surash telahpun keluar parti sebelum tarikh penamaan calon semalam.
 
“Surash keluar parti beberapa hari penamaan calon maka beliau bukan lagi ahli parti MIC,” kata beliau.
 
 

Mimpi tempang, malaikat tanpa IC dan debaran 9 Mei

Najmuddin Yusoff 


   
PULASAN | Kira-kira tiga minggu lalu, satu video rakaman ceramah seorang ustaz muda dari PAS menjadi calon di Permatang Pauh, Pulau Pinang menjadi tular.

Dalam ceramahnya itu, ustaz berkenaan mendakwa bahawa menyimpan kitab Sahih Bukhari di rumah boleh mengelakkan kejadian curi.

Malah kata ustaz itu, langkah menyimpan nashkah berkenaan di dalam kereta turut boleh menjadi asbab menghindar musibah ke atas kenderaan terbabit.

Jelas sangat saranannya bahawa ia adalah "simpan", bukan baca dan amal. Katanya, menyimpan - apa lagi menyebut - nama-nama ulama besar Islam boleh mengundang berkat.

Dan limpahan berkat itulah yang kita fahami dapat membantu seseorang mengelak daripada kejadian tidak diingini.

Itu bukanlah kes terpencil membabitkan ustaz muda dari sebuah parti yang gigih berceramah tentang soal berkat dan keramat.

Beberapa hari sebelum itu telah tular lebih awal hikayat seorang pemimpin pemuda PAS Kelantan meremehkan kepentingan pengundi luar pulang mengundi di Kelantan.

Apa yang perlu dirisaukan - baginya - kerana malaikat bersama parti itu dan akan 'keluar' mengundi menggunakan kad pengenalan si Mat, walaupun Mat tidak pulang mengundi.

Tahap jadi barah

Tidak pasti pula apa yang malaikat akan lakukan jika sekelian Mat dan Mek itu pulang mengundi beramai-ramai pada 9 Mei ini.

Selain mereka bukan pulang untuk mengundi PAS, bagaimana malaikat itu - mengikut logika pemimpin pemuda terbabit - akan dapat menggunakan kad pengenalan Mat atau Mek terbabit?

Mungkinkah akan berlaku pergaduhan di pintu masuk pusat mengundi antara Mat manusia dan Mat si malaikat gara-gara mereka memiliki kad pengenalan yang sama?

Saya buntu memikirkan keyakinan dan pemikiran sebegini menjadi pegangan ramai agawaman muda, khususnya mereka yang bersama PAS.




Tidak dapat dipastikan sama ada ia sudah sampai ke tahap menjadi barah, atau sedang menuju ke arah itu apabila ia dilihat turut berjangkit kepada ramai orang, termasuk yang mempunyai PhD.

Saya ada juga bertanya kepada seorang ustaz - juga muda, menganggotai PAS tetapi lebih cenderung berbicara tentang Liverpool serta Mohamad Salah di Facebooknya.

Saya bertanya: Ustaz-ustaz yang banyak bersembang hal-hal berkaitan malaikat mengundi dan kitab Sahih Bukhari menghalau pencuri ini, yakin sungguhkah mereka dengan apa yang mereka cakap?

Sampai ke hari ini ustaz itu tidak menjawab soalan saya walaupun saya sendiri pun tidaklah mengharapkan dia akan memberi jawapan.

Soalan itu sebenarnya lebih kepada bertanya diri sendiri.

Mungkin 'Ustaz Salah' itu tidak menjawab kerana akhir-akhir ini saya lihat dia menjadi peminat kepada mainan peribahasa.

Lepas selawat, umpat keji

Tapi ustaz muda yang seorang ini adalah kes terpencil di dalam PAS. Justeru saya masih gagal mencari alasan mengapa dia masih kekal dalam parti itu.

Kembali kepada soalan saya untuk ustaz itu tadi. Hari ini saya yakin, ustaz-ustaz PAS yang gemar bersembang hal-hal karut atau tahyul-tahyulan itu ialah kalangan yang memang suka berborak ikut sedap hati dalam ceramah, kuliah mahu pun khutbah.

Dan oleh kerana ustaz terbabit tidak pernah disanggah oleh pengikut masing-masing, hari demi hari berlaku membawa mereka sendiri menjadi sangat percaya labun yang diceritakan itu.

(Sebenarnya ada yang menyanggah, cuma sesetengah orang belajar daripada pengalaman. Selepas dilabel munafik atau kafir, mereka jadi mendiamkan diri.)

Kenapa saya kata mereka ini memang suka bersembang? Anda boleh buat carian di YouTube dengan menaip nama pemimpin tertentu.

Perkataan seperi bodoh, tolol dan gila, misalnya, mengalir deras dari bibir masing-masing sungguhpun mereka digelar ustaz atau ulama.

Sesekali keji umpatan itu seakan-akan ritual yang mesti dilafazkan selepas membaca doa meminta fasih bertutur serta selawat ke atas Rasulullah SAW.




Kemudian ada pula pemimpin kanan PAS menggunakan hujah mimpi sebagai alasan untuk mengajar orang ramai menolak Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bertanding dalam PRU ke-14 ini.

Nik Omar ialah anak bekas mursyidul am PAS serta pernah menjadi menteri besar Kelantan. Dia menawarkan diri kepada pengundi Chempaka, iaitu kerusi dewan undangan negeri yang pernah diwakili arwah bapanya.

Melalui hikayat dikisahkan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah itu ternampak seolah-olah mimpi boleh menjadi sumber dalil baru untuk parti PAS.

Nak berhujah dengan ayat-ayat al-Quran, ramai juga ulama yang tidak bersama PAS mampu melakukannya.

Mimpimu bukan mimpiku

Nak berhujah memetik sunah dan hadis, ada pula cabaran pakar seperti Dr Rozaimi Ramle. Malah cabaran yang dibuatnya kepada beberapa pemimpin PAS sampai ke hari ini masih belum bersambut.

Justeru mungkin elok juga dicuba hujah dengan anekdot mimpi. Tidak ramai yang mampu dan nekad berpolemik dengan bersandarkan kepada mimpi. Sekurang-kurangnya setakat inilah.

Kalau ada yang berani berhujah dengan menggunakan mimpi pun, mungkin Raja Bomoh sahaja.

Sedangkan PAS khabarnya ramai pakar mimpi. Bukan Mohd Amar seorang saja. Jangan lupa kepada seorang lagi pemimpin ulama parti itu yang pernah mengaku bermimpi bertemu Rasulullah.

Dan kalau ulama seperti itu pun dapat bermimpi bertemu nabi, apa sangatlah halangan untuk presiden PAS yang juga Pengerusi Gagasan Sejahtera, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.




Barangkali banyak lagi khazanah mimpi beliau yang belum diceritakan kepada umum.

Terlanjur menyebut Gagasan Sejahtera tadi, itu pun sebenarnya mimpi juga rasanya. Bermula daripada mimpi untuk menjadi kerajaan menanti, beralih kepada mimpi menjadi 'kingmaker'.

Pada PRU ke-14 yang akan berlangsung pada 9 Mei ini, masih ada pemimpin sebegitu yang bertanding.

Secara umum, ia adalah cerminan masa depan parti yang sangat yakin mampu membentuk kerajaan tidak lama lagi.

Cuma, kita wajar berdoa semoga pemimpi tegar yang ada mampu membuka hati masing-masing pada 10 Mei nanti.


*NAJMUDDIN YUSOFF seorang pengurus projek telekomunikasi yang gemar memerhati keletah politik negara, serta penggiat sastera dan kini bercadang untuk menjadi penterjemah mimpi separuh masa.

Permulaan goyah, namun BERSATU penting bagi HARAPAN di NS

Adrian Wong

   
PRU14 | Menjelang pilihan raya umum ke-14, perhatian banyak berkisar di sekitar negeri-negeri seperti Johor dan Kedah, yang telah digambarkan sebagai medan pertempuran sengit dalam pilihan raya kali ini.

Manakala Negeri Sembilan berada di bawah radar, walaupun pakatan pembangkang hampir menawan negeri itu dalam pemilihan umum sebelumnya.

Dalam pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menang 16 kerusi - hanya tiga kerusi untuk menawan negeri itu yang mempunyak 36 kerusi.

Namun, dalam pilihan raya umum 2013, ia hanya menguasai 14 kerusi tetapi masih dalam jangkauan realistik daripada 19 kerusi yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan.

Pakatan pembangkang, yang kini dijelmakan semula sebagai Pakatan Harapan, tidak mempunyai "faktor X" untuk menawan undi Melayu yang penting dalam memenangi kerusi tambahan.

Lihat pilihan raya lepas contohnya, di mana DAP dan PKR menyapu semua 12 kerusi majoriti pengundi Cina di Negeri Sembilan.

Tetapi gabungan parti pembangkang hanya berjaya menang satu lagi kerusi majoriti Melayu dan satu lagi kerusi pengundi campuran, menjadikan jumlah 14 kerusi.

PAS, yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat tetapi tidak pernah menjadi kuasa besar di Negeri Sembilan, tewas.

Bagaimanapun, "faktor X" yang HARAPANA sangat perlu untuk memenangi sokongan Melayu di Negeri Sembilan mungkin kini boleh dicapai, dengan parti serpihan Umno - BERSATU - menjadi sebahagian daripada gabungan pembangkang.

BERSATU menjenamakan dirinya sebagai parti nasionalis Melayu, mirip dengan Umno, yang merupakan elemen kritikal untuk meyakinkan kawasan pedalaman Melayu.

Oleh itu, dapat difahami untuk mengharapkan BERSATU memainkan peranan penting jika HARAPAN mahu berjaya dalam percubaan ketiga untuk menawan negeri itu.

Bagaimanapun, permulaan jentera BERSATU Negeri Sembilan dilihat goyah berikutan perselisihan antara pengerusi BERSATU negeri, Baharuddin Ahmad dengan bekas pengerusi negeri, Kamarulzaman Kamdias.

Baharuddin menggantikan Kamarulzaman sebagai pengerusi negeri sebulan sebelum konvensyen Pakatan Harapan tahun ini.

Walaupun demikian, nama Baharuddin tidak ada dalam senarai calon, yang diumumkan tiga hari sebelum hari penamaan calon

Baharuddin, yang merupakan ketua bahagian Jempol, dilihat menjadi lebih terasa, apabila Kamarulzaman, yang merupakan ketua bahagian di Kuala Pilahd, dicalonkan sebagai calon BERSATU untuk kerusi parlimen Jempol.

Begitu juga, banyak pemimpin bahagian juga tidak dicalonkan, dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi BERSATU di Negeri Sembilan.

Senarai muktamad calon yang disokong oleh kepimpinan BERSATU pusat tidak sama dengan yang dicadangkan oleh kepimpinan negeri.

Bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, sumber BERSATU, yang mengetuai salah satu bilik operasi pilihan raya, mengakui bahawa pemimpin yang tidak puas hati tidak aktif dan enggan membantu kempen pilihan raya umum ke-14.

"Calon-calon yang dicadangkan sebelum ini  kecewa (kerana mereka tidak dicalonkan) dan tidak mahu menyokong kempen. Oleh itu kita perlu menyusun semula jentera pilihan raya kita," katanya.

Beberapa penyokong Baharuddin menyalahkan Kamarulzaman atas perubahan itu tetapi satu sumber berkata keputusan itu datang daripada "3M" - iaitu Pengerusi deferred Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Malah, katanya, pada hari penamaan calon, pengarah pilihan raya mereka telah merayu kepada kepada Mukhriz untuk meletakkan sekurang-kurangnya satu slot (untuk kem Baharuddin) tetapi 3M enggan.

"Saya tidak tahu mengapa," kata sumber itu.

Seorang lagi pemimpin BERSATU yang telah dihantar ke Jempol untuk kempen pilihan raya, mengakui terdapat unsur-unsur sabotaj yang dikaitkan dengan ahli-ahli yang tidak puas hati.

"Ia (sabotaj) ada," kata pemimpin BERSATU itu, yang juga bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan. Bagaimanapun, katanya, pemimpin-pemimpin BERSATU negeri itu adalah golongan minoriti.

"Kita perlu faham bahawa ini adalah pilihan raya umum, bukan pemilihan parti ... Ia memberi kesan (kepada momentum kita) tetapi mereka, paling ramai lima peratus (daripada jumlah ahli)," katanya.

'Membina semula jentera baru'

Dengan hanya tinggal sembilan hari lagi menjelang PRU14, sumber itu berkata tidak ada pilihan tetapi untuk membina jentera pilihan raya baru, yang mengambil masa dan oleh itu, permulaan yang agak lambat untuk kempen HARAPAN di negeri itu.

Kamarulzaman, ketika dihubungi oleh Malaysiakini, berkata beliau yakin isu itu akan dapat diselesaikan dalam masa beberapa hari.

"Keadaan seperti itu adalah dijangka tetapi ia hanya akan berakahir dua hingga tiga hari," katanya.

Menurutnya, mereka (ahli tidak puas hati) akan kembali untuk bersama pasukan dan "kemudian kita boleh bekerja untuk menang ... Jadi, ia boleh diurus".

Kamarulzaman berkata beliau telah bertemu dengan akar umbi BERSATU di Palong, sebuah kerusi negeri di kawasan Parlimen Jempol.

Beliau memberi jaminan bahawa program pilihan raya mereka akan bermula hari ini.

BERSATU Negeri Sembilan menjadi perhatian pada bulan Januari apabila anggota yang tidak puas hati mengganggu konvensyen Pakatan Harapan negeri setelah kecewa dengan kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.

Ketua Pemuda Negeri, Mohd Shahrul Anuar Abu Samah, mengadu diperuntukkan "kerusi hitam".
Di Negeri Sembilan, BERSATU akan bertanding di kerusi Parlimen Jempol dan Kuala Pilah dan kerusi DUN Pertang, Palong, Seri Menanti, Chembong, Bagan Pinang dan Gemencheh.

BERSATU kini tinggal sembilan hari lagi untuk membantu PKR dan AMANAH di kawasan Melayu dan untuk bekerja keras untuk menawan beberapa kerusi kritikal untuknya di kawasan Melayu.

Pensyarah: Nik Omar runtuhkan doktrin PAS

N Faizal Ghazali
 


PRU14 | Penyertaan Nik Omar Nik Abdul Aziz dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) dilihat bakal memecahkam doktrin Islam yang sebelum ini sinonim dengan parti PAS, kata penganalisis politik.

Menurut Dr Mazlan Ali, di kalangan orang Melayu yang proislam atau mempunyai cita-cita Islam, kini mereka mula berfikir sama ada cara bagi menjayakan apa yang diingini hanya boleh dicapai melalui PAS semata-mata, atau ada pilihan lain.

Katanya, orang mula melihat Parti Amanah Negara (AMANAH) juga sebenarnya sebuah wadah yang membawa cita-cita Islam. Cuma kata Mazlan, keyakinan mereka AMANAH belum cukup setanding dengan PAS.

"Tak kurang juga ada yang masih terikat dengan dokrin bahawa hanya PAS bawa Islam, yang lain - temasuk AMANAH - tidak membawa agenda Islam.

"Apabila Nik Omar, seorang anak yang rapat dengan arwah Tok Guru memilih HARAPAN,
bermakna doktrin kononnya hanya PAS membawa Islam, sudah pecah," katanya ketika berkongsi pendapat dengan Malaysiakini berhubung kemunculan anak kedua bekas menteri besar Kelantan itu.

Wujud gelombang kedua

Mazlan yang juga pensyarah kanan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, tindakan Nik Omar menjadi calon di DUN Chempaka mewujudkan gelombang kedua pengundi Melayu untuk HARAPAN.

"Nik Omar telah menghapuskan keraguan yang lama bersarang, yang menakutkan mereka memilih parti selain PAS.

"Jika orang sealim Nik Omar boleh masuk AMANAH, maka siapa yang lain-lain?

"Gelombang Nik Omar itulah akan bergabung dengan gelombang dibawa Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecahkan tembok Melayu luar bandar selama ini menghalang pakatan pembangkang," jelasnya.

Tambah Mazlan, pola penggabungan ini mula dilihat dimanfaatkan HARAPAN apabila beberapa himpunan sudah mula dirancang bagi menggabungkan Dr Mahathir dan Nik Omar.

"Saya percaya tindakan Nik Omar ini memberi impak besar seluruh negara terhadap orang yang proislam tetapi waswas sama ada boleh atau tidak mengundi AMANAH selain PAS atau tidak," katanya.


'Inilah Mahathirisme - kena ikut cara dia saja'

MALAYSIAKINI

   

PRU14 | Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai individu berusia 90-an yang enggan menyesuaikan diri dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi, apabila berjanji untuk menyemak semula perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi, Grab jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menang pada PRU ini.

Najib berkata, dalam usaha meraih sokongan pemandu teksi pengerusi HARAPAN itu tidak mengambil kira manfaat perkhidmatan itu kepada rakyat.

"Pendekatan yang betul berkaitan perkhidmatan ini adalah menyerap manfaatnya kepada rakyat, pada masa sama membantu pemandu teksi kita untuk menggunakan teknologi baru dan membantu mereka membeli kenderaan baru," katanya di Facebook.

Sejak 2012, katanya, kerajaan memberikan banyak bantuan kepada pemandu teksi dengan yang terbaru kelulusan automatik untuk BR1M dan kad bantuan teksi 1Malaysia.




"Kerajaan juga telah membantu pemandu teksi melalui inisiatif seperti Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA), insurans peribadi dan peruntukan RM200 juta melalui Bank Simpanan Nasional untuk membolehkan pemandu teksi membuat pinjaman membeli kenderaan baru.

"Pada 2015, kerajaan menyemak semula kadar tambang dan pada 2016 Program Transformasi Industri Teksi dilancarkan," katanya lagi.

'Inilah Mahathirisme'

Najib berkata lagi, Bajet 2018 menyediakan geran RM5,000 untuk pembelian kenderaan baru khusus kepada pemandu teksi yang ingin beralih kepada perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi.

Beliau berkata kerajaan juga mengumumkan semua pemandu perkhidmatan itu perlu mematuhi peraturan dan syarat sama seperti pemandu teksi bagi mewujudkan persaingan yang sihat dan saksama.

"Bagi yang mengundi untuk kali pertama, anda mungkin tidak melalui tahun-tahun Mahathirisme. Inilah Mahathirisme, kena ikut cara beliau saja.

"Tengok apa beliau buat pada Proton. Proton boleh menjadi jenama kereta multinasional yang menguntungkan dan dibanggakan rakyat Malaysia. Tetapi apa yang terjadi ia sentiasa perlukan bantuan kerajaan dan wang pembayar cukai untuk bersaing.

"Adakah kita ingin kembali ke masa lalu, atau melangkah ke depan ke tahap lebih tinggi?" kata Najib.


30 laporan polis diterima sepanjang Hari Penamaan Calon PRU-14

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 30 laporan polis dari seluruh negara sepanjang Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14) yang berlangsung dua hari lalu.

 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 laporan adalah berkaitan penggunaan dron yang diterbangkan tanpa permit sah dari pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

 
“Sebanyak 16 dron telah dirampas kerana digunakan tanpa permit di sepanjang tempoh penamaan calon. Kita benarkan penggunaan dron tapi perlu mendapatkan permit dari DCA, katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman di sini hari ini.

 
Menurut Mohamad Fuzi, pihaknya turut menerima beberapa lagi laporan antaranya daripada calon Pakatan Harapan (PH) yang sepatutnya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN), Dr. Streram Sinnasamy.

 
“Beliau telah membuat laporan polis mengenai dakwaannya bahawa kita tidak membenarkan beliau memasuki pusat penamaan calon Rembau, Negeri Sembilan. Perkara itu adalah tohmahan semata-mata kerana pihak polis hanya menerima arahan daripada pegawai pilihan raya.

 
“Dua laporan polis telah diterima mengenai perkara itu dan kita akan jalankan siasatan terperinci,” ujarnya.
 
 

Dua pelajar Malaysia maut di Riau dibawa pulang

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Jenazah dua penuntut Malaysia yang maut dalam kemalangan di Pekanbaru, Riau, Indonesia kini dalam proses dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing.
 
Dalam kejadian 3.30 petang waktu tempatan itu, Mohamad Shaiful Bukhari Ammat, 25, dan Ameer Hakimi Azman, 20, maut selepas motosikal dinaiki mereka melanggar sebuah lori yang berhenti di tengah jalan di Pekanbaru.
 
Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia mengesahkan perkembangan itu ketika dihubungi sebentar tadi.
 
"Kami sedang usahakan laluan perjalanan terpantas untuk menghantar jenazah mereka ke kampung halaman masing-masing.
 
"Malah, ahli keluarga Ameer juga sudah tiba di Pekanbaru," katanya dipetik BH Online.
 
Kedua-dua mangsa adalah penuntut Universiti Islam Negeri Sultan Sharif Kasim PekanBaru, dalam jurusan Undang-undang Keluarga Islam dan Bimbingan Kaunseling Islam.
 
Katanya, kedua-dua penuntut terbabit dibawa ke Rumah Sakit Aulia yang berhampiran lokasi kejadian.
 
"Bagaimanapun, Amer dipindahkan ke hospital lain berdasarkan jangkaan awal pihak hospital bahawa kecederaan dia tidak terlalu serius.
 
"Namun pemeriksaan lanjut mendapati bahawa dia mengalami kecederaan parah pada tulang rusuk sebelum disahkan meninggal dunia.
 
"Saiful yang berasal dari Sabah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5 petang waktu tempatan, manakala Ameer yang berasal dari Pulau Pinang dilaporkan meninggal dunia jam 5.35 petang di hospital berlainan," katanya.
 
 

Ahad, 29 April 2018

Mikrofon Dayang RM40,000?

Shawaliah Hadir


KUALA LUMPIR – Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah yang lunak suaranya kini memiliki mikrofon yang termahal dalam negara.

Perkara tersebut disahkan oleh Michelle Yeo wakil jenama sistem audio tersohor Sennheiser di Malaysia.

“Ya Dayang telah membuat pelaburan untuk memiliki mikrofon Sennheiser SKM 6000 digital tanpa wayar yang mempunyai harga pasaran bernilai RM45 ribu! Dan itu bermakna dia juga artis pertama di Malaysia yang mempunyai mikrofon tersebut” jelasnya.

Ini turut dikongsi di laman Instagram syarikat Acoustic & Lighting System sendiri.

Dayang kemudiannya dipetik sebagai berkata bahawa mikrofon tersebut sememangnya menetapi keperluannya sebagai penyampai lagu balada untuk tujuan keseimbangan suara.

“Biasanya kalau Dayang menyanyi dengan nada rendah, suara Dayang kedengaran besar dan apabila Dayang mencapai nada yang tinggi, suara Dayang menjadi agak nipis dan tajam.

“Jadi Dayang harus bijak mengawal mikrofon. Tapi dengan mikrofon ini, Dayang tidak perlu bersusah-payah kerana ia mampu menyeimbangkan suara Dayang dan memberikan hasil yang baik ketika membuat persembahan secara langsung,” ujar Dayang.

Penyanyi lagu ‘Seandainya masih ada cinta’ itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis Minggu Setiausaha ‘Luncheon With The Stars’ anjuran Hotel Tenera di Bangi bersama dengan Dato Jamal Abdillah. – MalaysiaGazette


PRU14: PDRM jamin pilihanraya paling selamat – KPN

THE MALAYSIAN TIMES



BAGAN DATUK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyusun strategi penugasan lebih berkesan dan menyeluruh dalam menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata jentera polis telah siap siaga dari segi fizikal, emosi dan rohani yang tertinggi bagi menghadapi apa jua cabaran sepanjang proses PRU14.

“Setiap petugas PDRM telah diingatkan agar sentiasa berhemah dan profesional dalam menjalankan tugas, demi mengelakkan sebarang implikasi yang mampu mencalar kredibiliti pasukan dan imej kerajaan.

“Kami juga berpegang teguh kepada amanat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu PRU14 menjadi pilihan raya paling selamat dalam sejarah demokrasi negara,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Program NBOS: 1AMANWEEK 2018 Banteras Jenayah dan Perangi Dadah di Dataran Bagan Datuk di sini, hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, menyempurnakan perasmian program tersebut.Mohamad Fuzi berkata pengundi tidak perlu merasa khuatir untuk keluar mengundi kerana PDRM akan memastikan keselamatan dan keselesaan sepanjang mereka menjalankan tanggungjawab menentukan masa depan negara.

“Jangan mudah terpedaya dengan khabar angin atau berita palsu yang boleh mendatangkan kesangsian atau kegusaran dalam kalangan pengundi sebaliknya sentiasa patuh serta akur pada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Amalkan sikap hormat-menghormati dan janganlah melakukan sebarang provokasi yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam, agar proses pilihan raya dapat berjalan dalam keadaan aman dan tenteram,” katanya.

Beliau berkata PDRM menghargai segala kerjasama yang diberikan masyarakat kepada polis selama ini.

“Polis adalah masyarakat dan masyarakat adalah polis, hubungan simbiosis atau kebergantungan antara polis dan masyarakat merupakan elemen terpenting dalam usaha kita memerangi jenayah,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata PDRM sentiasa mengalu-alukan penglibatan serta komunikasi berterusan antara masyarakat dengan pihak polis terutama dalam aspek perkongsian maklumat berkaitan jenayah.

Bagan Datuk merupakan destinasi pertama penganjuran Program NBOS: 1AMANWEEK di Perak.
Program yang mula diadakan pada 2015 itu telah menjelajah beberapa negeri termasuk Sarawak, Kelantan dan Negeri Sembilan serta Putrajaya dan Kuala Lumpur.—Bernama

SPR patut bantu calon, bukan rumitkan proses daftar

OLEH ERMIZI MUHAMAD




GOMBAK: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya bertindak sebagai suruhanjaya adil dan membantu kelancaran proses pendaftaran calon bertanding, kata calon P0.98 Parlimen Gombak, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, sekiranya calon berdepan sebarang kesukaran ketika proses pendaftaran dibuat, suruhanjaya berkenaan perlu memainkan peranan terbaik mempermudahkan urusan pendaftaran.

“Peranan SPR harus memainkan fungsinya untuk memastikan proses pilihan raya berjalan lancar dan bukannya menyukarkan calon bertanding.

“Contohnya membabitkan isu Tian Chua, kenapa pendaftarannya dihalang sedangkan di peringkat mahkamah sudah diputuskan kedudukannya.

“Begitu juga calon yang diisytiharkan muflis, sedangkan mereka ini telah membuat semakan dan bagaimana semudahnya status itu ditukar di saat akhir?” soal Mohamed Azmin.

Beliau berkata, pertikaian itu menimbulkan keraguan terhadap SPR sekiranya dipengaruhi tekanan parti politik tertentu.

“Ini semua gara-gara Barisan Nasional yang sudah terlalu terdesak dan SPR perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden yang berlaku ini,” katanya.

Pada hari penamaan calon semalam menyaksikan beberapa insiden halangan penyerahan borang pedaftaran calon bertanding membabitkan calon-calon PAKATAN.

Insiden berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi maasyarakat di media sosial yang mengkritik kredibiliti SPR.

Terdahulu, Mohamed Azmin ditemui media selepas hadir merasmikan Program Tautan Mahabbah Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad, di Sri Gombak, hari ini.

Nik Omar tidak berpengaruh seperti Allahyarham Nik Abdul Aziz

ANTARAPOS

Post Pic


KOTA BHARU: Pencalonan Nik Omar, anak kedua bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk bertanding atas tiket PKR-Amanah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak akan memberi kesan besar kepada PAS.


Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata ini kerana PAS berpandangan Nik Omar yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, tidak mempunyai pengaruh seperti bapanya.


"Kita yakin kerusi DUN Chempaka tetap kubu kuat PAS dan kita tak nampak dia (Nik Omar) bawa pengaruh arwah (Nik Abdul Aziz) kerana di akhir hayat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) cakap cukup jelas jangan siapa-siapa buat kacau dengan kerajaan ini (kerajaan Kelantan pimpinan PAS).


"Jadi saya rasa mana-mana pihak yang ambil pengaruh yang bertentangan dengan nasihat arwah Tok Guru ini tak boleh pergi jauh," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Perhubungan PAS Kelantan di sini hari ini.


Semalam, PAS memecat keanggotaan Nik Omar kerana bertanding sebagai calon PKR-Amanah di DUN Chempaka yang merupakan kubu kuat PAS yang pernah diwakili Allahyarham Nik Abdul Aziz sejak sekian lama.


Nik Omar terlibat dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Chempaka dengan Mohamed Fareez Noor Amran yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad, yang mewakili PAS.


Ditanya mengenai strategi yang akan digunakan PAS untuk mempertahankan kerusi DUN Chempaka, Che Abdullah berkata parti itu akan menggunakan pendekatan demokrasi dan akan bertanding secara sihat dengan mengemukakan tawaran terbaik kepada pengundi di kawasan itu.


"Terpulang kepada pengundi untuk memilih calon mana yang lebih baik tapi kita tidak akan menghina calon lawan dan tidak akan mengaitkan dengan sebarang hubungan keluarga (terutama apabila berhadapan Nik Omar)," katanya.

Tun M enggan terima kenyataan CAMM

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini menolak hasil penemuan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAMM) yang mengenepikan sebarang unsur sabotaj pada pesawat yang sepatutnya digunakan beliau untuk penerbangan ke Langkawi kelmarin.
 
Calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu berkata, beliau tidak dapat menerima kenyataan dibuat CAMM itu, kerana mendakwa ia dibuat tanpa melalui melalui siasatan yang terperinci ke atas pesawat.
 
"Mereka kata ia bukan sabotaj...bagaimana mereka buat kesimpulan sebegitu sedangkan mereka tak buat apa-apa siasatan," katanya kepada pemberita selepas menemui pengundi di pasar awam Kuah, di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi CAMM, Datuk Seri Azharuddin A Rahman, mengenai siasatan terhadap dakwaan sabotaj ke atas jet peribadi yang sepatutnya digunakan beliau untuk penerbangan dari Subang ke sini kelmarin.
 
Semalam, Azharuddin berkata, pesawat jenis Bombardier Challenger CL60 yang dikendalikan oleh Vista Jet Limited tidak dapat diterbangkan ekoran masalah teknikal yang kecil dan rutin iaitu kebocoran udara di roda kiri pada muncung pesawat.
 
"Hari ini kami telah melakukan pemeriksaan menyeluruh, termasuk pengesahan dokumentasi, pemeriksaan fizikal terhadap pesawat, dan menemubual juruterbang serta petugas penyelenggaraan pesawat persendirian itu," katanya dalam satu kenyataan.
 
Pemeriksaan terhadap dokumentasi pesawat itu tidak menunjukkan sebarang kecacatan kecuali kebocoran udara di roda kiri yang dicatatkan oleh petugas penyelenggaraan pada 27 April.
 
Kerusi Parlimen Langkawi menyaksikan saingan tiga penjuru apabila penyandang, Datuk Ir Nawawi Ahmad, dari BN dicabar Dr Mahathir yang menggunakan logo PKR dan calon PAS, Zubir Ahmad.
 
Pada PRU-13, Nawawi menang dengan majoriti 11,861 undi menewaskan calon PKR, Ahmad Abdullah dan calon Bebas, Marina Hussein.
 
 

Puad Zarkashi kekal dalam Umno

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memutuskan untuk kekal dalam Umno bagi membolehkannya terus berkhidmat kepada masyarakat.
 
Perkembangan terbaharu itu sekali gus mengenepikan desas-desus kononnya beliau akan keluar daripada parti berikutan ketidakpuasan hatinya dalam soal pemilihan calon Barisan Nasional (BN) Johor apabila namanya digugurkan daripada bertanding bagi kerusi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
 
"Seperti kenyataan awal, saya bukan menentang perjuangan Umno tetapi hanya tidak berpuas hati dengan sistem yang dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
 
"Oleh itu, buat sementara waktu saya akan terus kekal sebagai Ketua Bahagian Umno Batu Pahat dan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno," kata bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) lapor Bernama di sini hari ini.
 
Mohd Puad berkata, dalam tempoh itu, beliau juga akan menjalankan tugas sebagai pemimpin masyarakat bagi membantu mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan biarpun belum mempunyai perancangan jelas terhadap pekerjaan yang bakal dilakukan.
 
"Dari segi pekerjaan saya belum memikirkannya lagi. Saya mahu berehat dan menghabiskan penulisan buku yang terbantut kerana kesibukan. Buku itu yang berjudul "Membela Sekolah Pedalaman. 8 Jam Berjalan Kaki" hampir siap iaitu berkenaan pengalaman saya ketika menjadi Timbalan Menteri Pelajaran dulu," katanya.
 
Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau akan berdepan ketidakselesaan untuk berbincang isu-isu kawasan dengan Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan kelantangannya mengkritik pemimpin itu secara terbuka sebelum ini, beliau berkata beliau tiada masalah.
 
"Dalam MT pun saya sering mengkritik, maka sudah tentu dalam mesyuarat Umno Perhubungan negeri tiada masalah untuk saya terus bersuara," katanya.
 
Semalam, Mohd Puad yang dikhabarkan akan bertanding atas tiket Bebas setelah kecewa berikutan pengguguran namanya sebagai calon, tidak muncul di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Batu Pahat.
 
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan keputusan tersebut diambil (tidak bertanding) setelah mendapat nasihat Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
 
 

Jangan lupa tebus maruah Anwar jika PH menang PRU14

 Oleh Nordin Yaacub
 
 
Tidak adil buat Anwar dan rakyat Malaysia umumnya, sekiranya apa yang berlaku pada 1998 disorokkan dan dijadikan monumen sejarah yang tidak patut dirujuk semula.

 
 




Setelah membentuk kerajaan, penilaian semula dan membongkar kezaliman yang dilakukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perlu.

Keadilan terhadap Anwar sebelum ini dinafikan. Mahkamah, peguam negara dan polis harus disiasat kerana menzalimi Anwar.

Isu Anwar perlu dibuka semula sebaik sahaja kerajaan korup Barisan Nasional (BN)/Umno ditumbangkan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Kita perlu memastikan mereka yang bersekongkol untuk memfitnah Anwar – memastikan Anwar dibunuh karakternya dan menghumban beliau ke dalam penjara menggunakan kuasa – membayar dosa.

Keadilan perlu diberi kepada Anwar. Tidak adil buat Anwar dan rakyat Malaysia umumnya, sekiranya apa yang berlaku pada 1998 disorokkan dan dijadikan monumen sejarah yang tidak patut dirujuk semula.

Apa yang ada mulai 1998 adalah satu konspirasi politik. Ini adalah permainan politik – kerana Anwar dilihat akan mencabar kerusi nombor satu.

Golongan yang terbabit dalam perjuangan Reformasi harus memastikan keadilan untuk Anwar. Ini antara apa yang mahu dan patut dilakukan setelah berjaya menumbangkan BN/Umno dan berjaya membentuk kerajaan.
Keadilan untuk Anwar

Tuduhan terhadap konspirasi politik, dakwaan salah laku seks, rasuah mencampuri urusan polis dan menyalahgunakan kuasa harus dibuka semula dan dibersihkan untuk menjamin keadilan kepada Anwar.

Semestinya ini perlu kerana ini yang diperjuangkan gerakan Reformasi. Bagi gerakan Reformasi, segala aset kerajaan, undang-undang dan badan penguatkuasaan dicabuli dan ini perlu dipulihkan.

Kejayaan PRU14 nanti harus digunakan untuk menebus kembali maruah Anwar yang tercalar akibat pemerintahan korup, zalim dan ini akan memastikan kejayaan menyeluruh kepada pejuang Reformasi.

Menyempurnakan makna Reformasi

Dengan menduduki Putrajaya, segala-galanya akan didedahkan untuk memastikan rakyat nampak ini sebuah kerajaan telus yang dibentuk.

Segala kerosakan sistem akan dipulihkan dan mereka yang melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa akan dibawa ke muka pengadilan.

Bukankah ini satu kesempurnaan – mendefinisikan secara total keadilan untuk rakyat – makna Reformasi. Ini adalah perjuangan yang mahu kita lakukan. Kita mahukan keadilan setelah hampir 20 tahun berjuang.

Kita mahu menentang korupsi, nepotisme dan kronisme – ini yang penting dan mereka yang melakukan semua ini tidak boleh dibiarkan bebas.

Bagi mereka yang telah banyak berkorban – masa dan wang ringgit dalam memperkasakan perjuangan Reformasi, inilah masanya keadilan sebenarnya dapat dicapai.

Selepas berjaya menawan Putrajaya, keadilan menyeluruh akan dapat dilaksanakan. Ini adalah janji kita sebagai mereka yang terlibat dalam perjuangan menyelamatkan rakyat – menyelamatkan Malaysia.

Ini yang rakyat mahu lihat, setelah menang PRU14 – inilah yang pejuang Reformasi mahu saksikan, pembetulan sistem dan tiada siapa pun yang berlaku zalim, menyalahgunakan kuasa, terbabit dalam korupsi terlepas dan bebas.

Pejuang Reformasi mahu menuntut keadilan untuk Anwar yang dizalimi selama ini.

Ironisnya, adakah ini mampu dilaksanakan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad memenang jawatan perdana menteri ke-7 nanti?

Adakah Dr Mahathir dan DatuK Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu berganding bahu untuk memastikan mereka yang dizalimi sewaktu timbulnya gerakan Reformasi dibela?

Adakah mereka mampu mengembalikan keadilan kepada Anwar atau terus menyembunyikan segala kesalahan daripada rakyat?

Apakah mereka akan lupa kesengsaraan pejuang Reformasi dalam mana mereka menduduki kerusi kepimpinan negara ini?

Dengan Dr Mahathir menjadi perdana menteri ke-7, apakah isu-isu yang diperjuangkan golongan Reformasi, sewaktu menuntut Reformasi – dapat diketengahkan, dinilai semula dan mereka yang menjadi kaya dengan rasuah, kronisme dan membohongi rakyat mampu dibawa ke muka keadilan?

Kita fikirkan bersama – jangan rakyat dibohongi.

*Nordin Yaacub ialah pembaca FMT.

Khairy mahu ambil tindakan terhadap Rafizi

 
Menurut Khairy, sebelum ini macam-macam Rafizi cakap tidak baik tentang dirinya dan beliau boleh 'lepaskan' namun kali ini tidak boleh diterima kerana babitkan integriti PRU14.


Khairy berkata semalam juga Rafizi turut bangkitkan semangat perkauman dalam kalangan India dan Parlimen Rembau berhubung penolakan calon PKR memasuki pusat penamaan calon.


SEREMBAN: “Saya akan ambil tindakan (undang-undang) terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli atas tuduhan beliau mengatakan saya bersekongkol dan bertanggungjawab atas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang calon PKR Dr S Streram masuk ke pusat penamaan calon semalam,” kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasionai (BN) Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata sebelum ini macam-macam Rafizi cakap tidak baik tentang dirinya dan beliau boleh ”lepaskan” namun kali ini tidak boleh diterima kerana ia membabitkan integriti pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Khairy yang juga ketua pemuda Umno dan calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Rembau pada PRU14 ini berkata tindakan Rafizi menyebarkan tuduhan dan berita palsu itu di Facebook dan Twitter miliknya itu satu kesalahan mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Semalam Pemuda Umno membuat laporan polis terhadap Rafizi bagi disiasat dan diambil tindakan kerana memfitnah, kata Khairy yang juga menteri belia dan sukan kepada pemberita pada Hari Sukan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua di Rantau hari ini.

“Perkara ini serius. Saya sebagai calon pilihan raya, jangan main-main. Ini berkenaan kewibawaan pilihan raya di Rembau dan saya akan bawa dia ke mahkamah. Saya mahu Rafizi dibawa ke muka pengadilan sebab dia sudah ada banyak kes fitnah dan yang terbaru berkenaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Biar mahkamah putuskan,” katanya.

Khairy berkata peguam mewakilinya akan kemukakan surat tuntutan kepada Rafizi dalam masa terdekat untuk naib presiden PKR itu menarik balik perkataan fitnah itu.

“Kalau Rafizi tidak tarik balik perkataan fitnah terhadap saya maka saya akan kemukakan saman fitnah terhadap beliau,” katanya dan menurutnya perkara itu sepatutnya dijawab SPR dan bukannya calon BN.

Katanya, semalam juga Rafizi turut membangkitkan semangat perkauman dalam kalangan pengundi India di negeri ini dan Parlimen Rembau berhubung penolakan calon PKR itu dengan menghasut pengundi India untuk kononnya ”membalas dendam” terhadap BN.

“Ini tindakan sangat-sangat tidak bertanggungjawab… main dengan sentimen perkauman. PKR ini, kononnya parti berbilang kaum tetapi semalam Rafizi buktikan beliau adalah seorang ahli politik yang tergamak main sentimen perkauman.

“Jadi, saya harap masyarakat India tidak ‘termakan’ dengan permainan perkauman daripada PKR dan terus memberi sokongan kepada saya dan calon BN lain di negeri ini dan Parlimen Rembau atas rekod khidmat saya memajukan semua masyarakat di sini,” katanya.

Pada hari penamaan calon di Dewan Seri Rembau semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan diumumkan menang tanpa bertanding di DUN Rantau selepas Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa pas calon seperti disyaratkan SPR untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon.

Malaysia ‘lubuk emas’ bagi warga asing

Menurut laporan Bernama Julai 2017, Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menyatakan sehingga Jun 2017, lebih 1.78 juta pekerja asing sah direkod.



Ada sesetengah sehingga sanggup redah lautan luas dengan ombak ganas menaiki sekadar bot serba-serbi kekurangan.


KUALA LUMPUR: Kerancakan pembangunan ekonomi Malaysia ditambah dengan suasana aman serta makmur menjadikan negara ini “lubuk emas” khususnya dalam kalangan pekerja asing.

Ada sesetengah mereka sehinggakan sanggup meredah lautan luas dengan ombak mengganas menggunakan sekadar bot yang serba-serbi kekurangan, kerana yakin dapat mencari rezeki di negara ini.

Ada merantau bertahun-tahun meninggalkan keluarga serta sanak saudara semata-mata mahu mengumpul wang demi hasrat memberi kehidupan lebih baik kepada keluarga yang jauh di kampung halaman.

Menurut laporan Bernama Julai 2017, Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menyatakan sehingga 30 Jun 2017, terdapat lebih 1.78 juta pekerja asing dari 13 negara sah direkodkan Jabatan Imigresen.

Pekerja Indonesia adalah tertinggi iaitu 728,870 orang, diikuti Nepal (405,898), Bangladesh (221,089), Myanmar (127,705), India (114,455), Pakistan (59,281), Filipina (56,153), Vietnam (29,039), China (15,399), Thailand (12,603), Sri Lanka (5,964), Kemboja (5,103) dan Laos (39).

Sempena sambutan Hari Pekerja diraikan pada 1 Mei ini, Bernama menemubual 2 warga asing yang bukan sahaja berpeluang menimba ilmu di negara ini, tetapi kemudiannya mengorak langkah untuk menjadi usahawan, hasil daripada dasar kerajaan Malaysia yang memungkinkan mereka meraih kejayaan di negara ini.

Sebut sahaja nama Chef Ammar, pasti ramai pernah menonton program masakan beliau yang disiarkan stesen televisyen tempatan.

Chef selebriti ini sebenarnya sudah berada di Malaysia sejak 1985 untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perhotelan di sebuah kolej di Kuala Lumpur dan tidak menyangka keputusan untuk datang ke negara ini sebenarnya langkah permulaan untuk beliau menjadikan negara ini lubuk rezeki.

Anak kelahiran Palestin ini sudah pergi ke banyak negara tetapi bagi beliau, Malaysia adalah yang paling istimewa kerana terdapat banyak peluang untuk mencari pelbagai cabang rezeki.

Chef Ammar yang fasih berbahasa Melayu berkata sikap masyarakat negara ini yang mesra serta hidup bersatu padu adalah juga antara sebab mengapa beliau jatuh cinta dan kembali ke Malaysia.

Beliau juga berasa hairan apabila ada segelintir rakyat negara ini lebih gemar mencari pekerjaan di tempat lain.

Banyak peluang pekerjaan dan sumber rezeki terbentang luas di depan mata mereka dan nikmatnya itu turut dirasai beliau.

“Syukur, kita ada banyak nikmat di negara ini. Persoalannya, bagaimana kita hendak dapatkan rezeki dan itulah yang penting. Semuanya perlu bermula dalam diri masing-masing iaitu kena rajin cari peluang, tidak putus asa dan bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan.

“Malaysia ini lombong emas dan untuk mendapatkannya, ia perlu diiringi dengan usaha,” katanya.

Turut berkongsi pandangan Chef Ammar ialah Nordin Abdullah, 49, Pengarah Urusan sebuah syarikat perunding, Glenreagh Sdn Bhd yang juga pengasas Pusat Pengurusan Krisis.

Anak kelahiran Sydney, Australia ini dan fasih berbahasa Melayu datang ke negara ini ketika berusia 17 tahun kerana mengikuti keluarganya.

“Saya cukup kagum dengan pencapaian negara yang pernah dijajah pada suatu masa dahulu dan akhirnya berjaya berdikari dan mencipta banyak kemajuan hasil daripada kepimpinan kerajaan sekali gus memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Pencapaian sangat hebat itu membuatkan anak sulung daripada 14 beradik ini yakin Malaysia adalah pilihan yang terbaik untuk beliau meneroka bidang perniagaan.

Malahan, beliau turut kagum dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti jaringan sistem pengangkutan awam yang menghubungkan setiap destinasi di Malaysia, kelajuan peningkatan pencapaian Internet, penambahbaikan jaringan jalan raya yang membantu melancarkan urusan bisnesnya.

Bagi Nordin, kekayaan sumber dan pelbagai kemudahan inilah yang menjadikan Malaysia sebagai tarikan ramai pekerja asing yang sanggup meninggalkan negara masing-masing untuk bekerja di negara ini selain kos sara hidup yang murah berbanding negara lain.

Dua beranak terbunuh, kereta terbabas di Gerik

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GERIK: Dua beranak terbunuh manakala seorang lagi parah selepas kenderaan yang mereka naiki terhumban ke gaung di Kilometer 27, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik- Kupang di sini, malam tadi.
 
Mereka dikenali sebagai Md Zahar Md Ali, 38, anggota tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan anak lelakinya, Muhammad Faris, 7. Kedua-duanya disahkan meninggal di tempat kejadian akibat parah.
 
Anak lelaki Md Zahar iaitu Muhammad Firdaus, 9, parah di kepala. Dia kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh selepas mendapat rawatan awal di Hospital Gerik, di sini.
 
Mengesahkan perkembangan itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati kereta PROTON Exora dinaiki tiga beranak dari arah Gerik ke Kupang itu terbabas sebaik tiba di kawasan menuruni bukit dipercayai akibat dipandu laju.
 
Katanya, kereta berkenaan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 200 meter.
 
"Seorang saksi yang melalui jalan itu ternampak mangsa yang parah (Muhammad Faris) dalam keadaan berlumuran darah di tepi jalan sebelum berpatah balik untuk memberikan bantuan.
 
"Dia (saksi) dimaklumkan oleh mangsa yang bapa dan adiknya terjatuh ke dalam gaung sebelum menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan," katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.
 
Ismail berkata, mayat Muhammad Faris berjaya dibawa keluar dari dalam gaung kira-kira jam 10.25 malam manakala mayat Md Zahar sejam selepas itu.
 
"Mayat dua beranak itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik dan bedah siasat akan diadakan pagi ini untuk mengetahui punca kejadian.
 
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, " katanya.
 
Ismail berkata, hasil percakapan dengan isteri mangsa mendapati suami dan dua anaknya itu dalam perjalanan pulang ke kampung di Baling, Kedah untuk menziarahi ibu bapanya yang tidak sihat.
 
 

Bagaimana Bangi kini jadi kawasan Parlimen paling besar di Malaysia?


Roketkini.com

Dengan sekelip mata, kawasan Parlimen Serdang bukan sahaja ditukar nama tanpa tujuan yang jelas, ia juga diperluas sehingga menjadi kawasan paling besar di Malaysia dengan bilangan pengundi mencecah 178,790 orang.

Ia diikuti Damansara (dahulu PJ Utara) dengan 164,322 pengundi; Klang, dengan 149,348 pengundi dan Kota Raja dengan 149,021 pengundi.

Penyandang kerusi Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming; justeru mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah gagal dalam tanggungjawab untuk mematuhi prinsip satu orang satu undi yang adil dan munasabah.

Dr Ong Kian Ming

“Jumlah pengundi di P102 Bangi adalah empat kali ganda pengundi di P92 Sabak Bernam (40,863 pengundi) yang juga berada di tangga ke-10 parlimen terkecil di Semenanjung Malaysia. 

“P102, di mana saya telah dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan, telah menewaskan P109 Kapar sebagai Parlimen terbesar di Malaysia,” katanya.

Kapar merupakan kerusi parlimen terbesar pada PRU tahun 2013.

Menurut beliau lagi, 10 kerusi yang paling besar setelah persempadanan semula SPR semuanya disandang parti pembangkang.

Sebaliknya, 10 kerusi Parlimen paling kecil segi bilangan pengundi kesemuanya dimenangi oleh BN pada PRU 2013. Lapan daripadanya dimenangi UMNO.

“Kita hanya boleh mempunyai pelaksanaan persempadanan semula yang adil dan telus jika kita mempunyai badan SPR yang bebas dan ini hanya boleh dicapai melalui kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14. 

“Mengikut tafsiran tanpa unsur berat sebelah mengenai prosedur dan garis panduan dalam Perlembagaan Persekutuan, jika persempadanan semula dilakukan oleh badan SPR yang bebas, ia akan mengurangkan jurang perbezaan bilangan pengundi antara kerusi dan menghasilkan sistem pilihan raya Malaysia yang lebih adil,” jelas beliau lagi.

Persempadanan Semula oleh SPR telah dibuat secara tergesa-gesa dalam sidang Dewan Rakyat terakhir Mac lalu dengan mengenepikan bantahan-bantahan oleh orang ramai.

Ia dilihat sebagai senjata UMNO-BN bagi memenangi PRU14 yang bakal berlangsung pada 9 Mei nanti. – Roketkini.com


Salasilah Calon DAP, Jamaliah Jamaluddin






Calon DAP Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin lahir di negara China ketika neneknya, Shamsiah Fakeh yang juga aktivis Parti Komunis Malaya berhijrah ke republik itu.

Menurut Abbas Saad, bapa Jamaliah, Jamaluddin bin Ibrahim, iaitu anak ketiga Shamsiah telah berkahwin dengan seorang warganegara China dan melahirkan Jamaliah pada tahun 1988 di Hunan.

“Jamaliah Jamaluddin dilahirkan di Hunan, China pada tahun 1988 selepas seorang ibu rakyat China menikahi ayahnya, Jamaluddin bin Ibrahim bin Mohammad (lahir 1962 di China), anak ketiga Shamsiah Fakeh dan Ibrahim Mohammad (Kedua-duanya adalah anggota Parti Komunis Malaya dan tinggal di pengasingan di China sejak 1956 selepas meninggalkan Thailand).

“Pada tahun 1994, Shamsiah Fakeh, suaminya, tiga anak lelaki dengan anak-anak mereka dibenarkan untuk berpindah ke Malaysia, tetapi tidak dibenarkan kepada 3 anak perempuan China menantu iparnya. Tetapi, kemudiannya, 3 anak perempuan menantu iparnya itu telah dibenarkan masuk ke Malaysia,”dedahnya dalam Facebook





Slogan ‘Malaysian Malaysia’ DAP Adalah Ideologi Komunis

LIHAT VIDEO DI SINI

Sabotaj Tian Chua, SPR diseret ke mahkamah


 Tian_Chua_ipd_Dang_Wangi


KEADILAN DAILY


Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan yang Pakatan Harapan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pembatalan pencalonan Tian Chua oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, sabotaj oleh SPR itu jelas tidak selari dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2018 yang membenarkan beliau terus menjadi anggota Parlimen.

“Saya mempersoalkan asas keputusan yang dibuat oleh pegawai pengurus P115 Batu yang tidak mensejajari keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2018.

“KEADILAN sedang mengkaji dengan seberapa segera tindakan undang-undang yang akan diambil supaya proses demokrasi kekal subur dan terjaga,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Tian Chua dalam kenyataannya menyifatkan sabotaj itu sebagai satu pencabulan terhadap hak demokrasi pengundi Batu.

“Keputusan pegawai SPR adalah salah di sisi undang-undang dan sengaja menafikan hak pengundi di Parlimen Batu untuk membuat pilihan.

“Ini telah melanggar prinsip demokrasi dan pilihan raya yang adil,” katanya.

Beliau kini bertekad untuk terus membantu Pakatan Harapan dalam kempen pilihan raya ini.

“Semasa kita menunggu tindakan undang-undang, kita mesti bersemangat dan tidakk dikalahkan oleh taktik yang kotor ini.

“Saya menyeru rakan-rakan seperjuangan membantu gerak kerja di kawasan Pakatan Harapan bertanding dan akanmaklum tinndakan yang akan diambil mengikut perkembangan mahkamah,” katanya.

Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongsi sentimen sama dengan Tian Chua di atas insiden tersebut.

“Sudah terang lagi bersuluh yang ini adalah satu sabotaj dan taktik kotor. Namun, kita tidak akan mengalah,” kata Azmin menerusi akaun Twitter beliau

NAJIB BIDAS CALON ‘NOMAD’ PEMBANGKANG




Datuk Seri Najib Tun Razak membidaskan tindakan calon pembangkang yang sering berpindah kawasan bagi menyembunyikan kegagalan mereka berkhidmat untuk rakyat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) ity menyifatkan parti pembangkang di negara ini licik apabila mereka melarikan diri ke kawasan yang difikirkan ‘selamat’  pada pandangan mereka.

Penyandang kerusi Parlimen Pekan itu menegaskan, pembangkang sebenarnya  merampas hak rakyat untuk menilai prestasi pada penggal terdahulu.

“Tindakan itu mungkin ada yang gusar sebab sepanjang perkhidmatan asyik mengabaikan penduduk kawasan atau mungkin ada juga yang menang dulu sebab memfitnah.

“Kali ini angkat kaki risau rakyat di kawasan itu akan mengadili setelah mereka ketahui kebenaran.
“BN tidak akan sesekali jadi seperti pembangkang. Saya tahu penduduk dan pengundi di Pekan cukup bijak dalam membuat pilihan.

“Rekod dalam PRU14 membuktikan betapa orang Pekan begitu selesa bersama saya dan BN apabila kita berjaya mengekalkan kerusi Parlimen dengan majoriti undi cukup besar iaitu 35,163 undi,” katanya dalam blog Najib Razak.

Najib menegaskan, beliau tidak pernah ambil mudah kawasan dan penduduk Pekan sebaliknya akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif dan bekerja kuat supaya para pengundi dapat melihat sendiri apa yang diusahakan dan dicapai.

Jelas beliau, pengundi membuat keputusan di peti undi berdasarkan pencapaian tersebut.

“Saya yakin Insya-Allah, sekiranya masyarakat di Pekan secara khususnya dan Malaysia secara amnya memilih dan mengundi pada 9 Mei nanti berdasarkan kepada fakta yang terbentang dan track record BN yang tersedia.

“Bukan sentimen dan berita-berita hasutan palsu dibawa pembangkang, BN mampu menang dengan majoriti yang lebih besar, bukan sahaja untuk kerusi Parlimen Pekan tetapi juga untuk lain-lain kerusi di seluruh negara,” katanya.


Naib ketua bahagian jadi calon Bebas

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
MELAKA: Kecewa dengan sikap kepimpinan PPBM Melaka didakwa tidak mematuhi perjanjian dan amanah, naib ketua PPBM bahagian Hang Tuah Jaya, Prof Madya Dr Kamarolzaman Mohd Jidi bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek.
 
Beliau berkata sejak lebih setahun lepas beliau bersama jentera PPBM melaksanakan gerak kerja meyakinkan pengundi DUN Ayer Molek untuk mengundi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), namun setelah usaha itu membuahkan hasil positif kerusi DUN itu diberikan kepada PKR.
 
“Dalam proses pemilihan calon pihak pengurusan PPBM telah melanggar janji. Kepimpinan negeri  tidak mematuhi perjanjian diamanahkan, patutnya PPBM memiliki DUN Ayer Molek tetapi apabila culaannya boleh menang tinggi parti lain berebut untuk mendapatkan tempat.
 
“Akhirnya perundingan mengikut janjinya (DUN Ayer Molek diberikan) kepada parti PPBM telah dimanipulasi dengan PKR ambil DUN Ayer Molek,” katanya kepada pemberita.
 
Pada PRU14 ini Kamarolzaman bakal menghadapi saingan empat penjuru dengan Jantan Abdullah (PAS), Farhan Ibrahim (PKR), dan Rahmad Wariman (BN) di DUN Ayer Molek yang berada dalam Parlimen Hang Tuah Jaya.
 
Kamarolzaman berkata pada masa ini beliau masih anggota PPBM dan tidak akan mengambil keputusan untuk keluar daripada parti itu.