HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 April 2018

PKR tukar calon DUN Seri Setia, Kota Anggerik

 
PKR menggerakkan Shaharuddin Badaruddin ke Seri Setia dan Najwan Halimi ke Kota Anggerik. 


Shaharuddin berkata tidak timbul soal meminta pertukaran kerusi kerana keputusan di tangan pucuk pimpinan. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: PKR menukar calon DUN Seri Setia dan Kota Anggerik di Selangor walaupun senarai rasmi calon sudah diumumkan.

Naib Presiden PKR Shaharuddin Badaruddin berkata pertukaran kerusi dilakukan atas kehendak parti dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

“Iya memang ada pertukaran, saya ke Seri Setia dan dari awal saya di Seri Setia. Sudah tentu pertukaran itu diputuskan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,” katanya.

Sebelum ini, PKR meletakkan Najwan Halimi sebagai calon di DUN Seri Setia, manakala Shaharuddin pula ditempatkan di DUN Kota Anggerik.

Najwan adalah timbalan pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor.

Shaharuddin berkata, tidak timbul isu lobi memandangkan beliau tidak berhak untuk membuat keputusan dalam soal pembahagian kerusi.

“Bahkan, tidak timbul soal permintaan saya mahu tukar kerusi. Ini soal kemenangan di 2 kawasan dan keperluan tertentu di kawasan masing-masing,” tambahnya.

Tiada ulasan: