HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 April 2018

Setelah Dibantah Akar Umbi PKR Kota Anggerik, Dr Shaharuddin Lari Ke Seri Setia

 
 



Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin dilaporkan mencicit lari ke DUN Seri Setia selepas dibantah akar umbi parti Keadilan itu di DUN Kota Anggerik.

Dr Shaharuddin asalnya dicalonkan di DUN Kota Anggerik, namun bantahan telah dilakukan oleh penyokong-penyokong Yaakub Safari selepas nama penyandang DUN berkenaan digugurkan, ini menyebabkan beliau telah dipindahkan bertanding ke DUN Setia.

Najwan Halimi yang asalnya dicalonkan di DUN Seri Setia ditukarkan pula bertanding di Kota Anggerik.

“Calon asal PKR DUN Kota Anggerik Prof Dr Shaharuddin Badaruddin diberitakan sudah kecut perut setelah dapat tahu akar umbi PKR Kota Anggerik berang dan memberontak kerana Dr Yaakob Sapari tidak dipilih untuk mempertahankan DUN berkenaan, dan mencicit lari pergi jumpa Dr Wan Azizah Wan Ismail agar beliau sebagai Naib Presiden PKR diberikan kerusi yang agak ada peluang menang walaupun tipis.

“Kini beliau diberikan kerusi DUN Seri Setia bertukar tempat dengan balaci tegar Azmin Ali, Sdr Najwan Halimi.

“Membuktikan DUN Kota Anggerik sudah tidak selamat bagi PKR setelah penyandangnya kena terajang oleh PKR tanpa ada sebarang alasan kukuh dan menyakinkan,”ulas Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.

Portal pro-DAP, Malaysiakini melaporkan Dr Shaharuddin yang memohon pertukaran tempat tersebut.

“Dia (Shaharuddin) yang minta tukar,” kata sumber.

Pertukaran itu turut disahkan melalui kenyataan di Facebook Shahruddin hari ini.

“Dengan ini secara rasmi Prof Dr Shaharuddin Badaruddin telah mendapat mandat oleh pimpinan PKR sebagai calon untuk DUN N32 Seri Setia.

“Kita akan meneruskan kemenangan Pakatan Harapan di Selangor dan memastikan Putrajaya menjadi milik kita,” kata kenyataan itu.



Tiada ulasan: