HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 April 2018

Mohd. Puad letak jawatan KP Jasa

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BATU PAHAT: Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dipercayai ada kaitan dengan namanya tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
 
Dalam entri terbaru di Facebooknya, beliau memaklumkan, hari ini merupakan hari terakhirnya di Jasa dan beliau tidak berganjak dengan keputusan itu.
 
“Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di Jasa. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan. Memang, ramai juga yang akan mengutuk saya (tetapi) saya tetap tabah. Berakhirlah riwayat saya di Jasa,” katanya sebentar tadi, dipetik Utusan Online hari ini.
 
Nama Mohd. Puad yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Pahat tidak tersenarai sebagai calon BN di Parlimen itu pada PRU-14 dan digantikan dengan Ketua Wanita Umno bahagian berkenaan, Haliza Abdullah.
 
 

Tiada ulasan: