LIPIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
menyempurnakan pembukaan satu lagi pakej jaringan jalan raya penting di
Pantai Timur iaitu pakej 3 projek Central Spine Road (CSR) antara
Merapoh ke Kampung Kubang Rusa di sini.
Pembinaan jalan empat lorong sepanjang 14 kilometer yang mula dibina pada 17 Mac 2015 itu siap sepenuhnya pada 14 Mac lalu.
Projek pembinaan laluan berkenaan yang disiapkan lebih awal menjimatkan
kos apabila dengan menelan belanja kira-kira 140 juta berbanding kos
asal sebanyak RM176 juta.
Najib berkata, pembinaan laluan berkenaan menunjukkan komitmen dan
kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan kawasan luar
bandar.
"Saya setuju dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob katakan
bahawa memang sukar kita hendak impikan kawasan pedalaman seperti di
Merapoh boleh ada lebuh raya seperti ini.
"Semua ini tidak datang bergolek sebaliknya kerana pentadbiran negara
khususnya pengurusan ekonomi yang berada atas landasan betul yang dapat
menjamin kesinambungan pembangunan," katanya ketika berucap merasmikan
pembukaan projek CSR Seksyen 3E2 Merapoh ke Kampung Kubang Rusa.
Projek CSR sepanjang 350 kilometer dari Simpang Pelangai, Bentong ke
Kuala Krai, Kelantan itu antara lain bertujuan meningkatkan taraf
perhubungan antara Pantai Timur dan Pantai Barat.
Sehingga kini, projek yang dimulakan sejak 2008 itu telah berjaya
disiapkan sepanjang 55.35 kilometer dari Merapoh ke Kampung Seberang
Jelai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan