HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 April 2018

Najib optimis BN terus dapat mandat rakyat dalam PRU-14

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat mandat rakyat bagi menerajui negara dengan keputusan lebih baik dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 
 
Perdana Menteri berkata, meskipun berdepan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini menerajui pakatan pembangkang, namun beliau tidak nampak ada gerakan ke arah untuk mengubah kerajaan sedia ada.
 
“Tetapi ini tidak bermakna kami akan menang dengan majoriti besar, saya tidak mahu meramalkan begitu tetapi suka saya menyatakan bahawa kita optimis dengan keputusannya nanti.
 
“Saya melihat Pakatan Harapan sekarang seperti parti cacamarba yang diketuai bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir, 93, yang selama ini menjadi juara dalam perjuangan hak istimewa orang Melayu kini berjuang bersama parti terbesar orang Cina, DAP,” katanya dalam sesi wawancara dengan media antarabangsa, Bloomberg.
 
Najib turut menjangkakan blok pembangkang terpaksa berhempas pulas selepas kehilangan sokongan parti Islam yang banyak membantu ketika pilihan raya pada 2013.
 
“Penduduk bandar dan pengundi Cina yang berharap ada perubahan ketika itu, kini kurang motivasi untuk terus menyokong pembangkang.
 
“Sekarang mereka sedar, perubahan yang dijanjikan pembangkang itu mustahil dan saya fikir mereka menyesal,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: