HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 April 2018

Merdeka Center: Sokongan Melayu Kepada BN Kelantan Naik 8%

Ammar Sufian

merdeka center


Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberi amaran kepada PAS pertandingan 3 penjuru di Kelantan mungkin menyebabkan parti Islam itu kehilangan negeri tersebut.

Beliau dalam sebuah forum di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini berkata, hasil tinjauan dijalankan badan kaji selidik itu sejak pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) di Kelantan meningkat sekurang-kurangnya 8%.

Walaupun angka itu kecil, katanya, peningkatan itu akan menjadi ketara dalam pertandingan 3 penjuru.

“Berdasarkan hasil tinjauan setakat April, BN mungkin menang 55% undi dan Pakatan Harapan 10%, meninggalkan PAS dengan 35%,” katanya.

Peningkatan sokongan kepada BN di Kelantan, katanya, banyak dikaitkan dengan kekurangan pembangunan di negeri pimpinan PAS itu.

“Ini berkurangan pada pilihan raya umum lalu kerana pengaruh arwah Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menonjol sebagai pemimpin PAS.

“Beberapa tinjauan berpendapat sokongan terhadap Nik Aziz di Kelantan jauh lebih tinggi berbanding parti itu, walaupun kepimpinan baharu tidak melakukan sebarang kesalahan besar, kehebatan Nik Aziz sukar dicari ganti.”

Beliau berkata, hakikatnya perkelahian antara PAS dan Umno tidak sepanas sebelum ini yang turut menjadi punca kekurangan pembangunan di Kelantan.

“Apabila ada 2 parti sama, anda akan memilih parti yang anda fikir boleh membawa pembangunan.”

Beliau berkata, jumlah pengundi membuang undi pada pilihan raya umum ini juga dijangka lebih rendah, terutamanya di kalangan pengundi bukan pemastautin yanga kan menyukarkan PAS.

“Sebilangan besar orang yang dilahirkan di Kelantan tinggal di negeri lain. Jumlah keluar mengundi di Kelantan dijangka sekitar 50% hingga 55%.”


Tiada ulasan: