Lelaki bernama Kentut akhirnya berjaya menukar sama secara rasmi kepada Ihsan Hadi selepas 31 tahun menyembunyikan identiti.
Kentut bersyukur selepas hakim Mahkamah Daerah Tangerang, Banten di Indonesia membenarkan keputusan untuk menukar namanya.
“Saya lega, bertambah semangat dan yakin,” kata Ihsan Hadi kepada BBC Indonesia dalam temubual selepas mengumumkan bakal mengadakan majlis kesyukuran pada Jumaat depan.
Ihsan terpaksa mengambil keputusan mengubah nama selepas takut anak lelakinya akan dihina jika mempunyai ayah bernama Kentut.
“Saya mempunyai 3 orang anak, 2 lelaki seorang perempuan, saya tidak mahu mereka berasa dihina jadi saya membuat keputusan ini,” kata Ihsan.
Ihsan sebenarnya mahu menukar namanya sejak kecil lagi. “Saya tidak selesa sejak zaman kanak-kanak kerana sering diejek oleh rakan-rakan,” kata Ihsan. Dia juga selalu bertanya kepada ibu bapanya mengapa dinamakan sedemikian.
“Ibu berkata, ia nama yang baik dan tidak membawa apa-apa bermakna, itu sahaja,” kata Ihsan.
Bagaimanapun, perubahan namanya kali ini dilakukan dengan kebenaran kedua-dua orang tuanya.
Mereka berdoa supaya nama baharu ini, Ihsan menjadi lebih berjaya dan banyak rezeki.
Sebenarnya, tidak ramai yang tahu Ihsan bernama Kentut kerana nama itu hanya digunakan dalam urusan rasmi.
Malah, keluarga isterinya juga terkejut apabila mereka mendapat tahu nama sebenar Ihsan. “Mereka hanya dapat tahu nama sebenar menerusi surat menyurat rasmi kerana saya hanya menggunakan nama Ihsan Hadi ketika berkenalan,” kata peniaga mi ayam bakso yang juga mengajar Al Quran pada waktu petang.
Ihsan mempunyai 3 orang anak yang hanya mengetahui nama bapa mereka selepas melihat kad pengenalan mereka.
Seluruh proses mengubah nama mengambil masa 1 setengah bulan dengan kos Rp 270,000 dan 5 kali menghadap mahkamah.
Kentut bukan satu-satunya nama pelik
Selain Kentut, terdapat pelbagai nama unik yang dinamakan kepada penduduk Palembang. Ada Saiton dan Tuhan di Banyuwangi.
Di Magelang, Jawa Tengah seorang polis bernama Andi Go To School dan kakaknya pula bernama Happy New Year manakala adiknya bernama Rudy Good Boy.
Andi juga menggunakan nama unik kepada anaknya iaitu Genio Silvero Go To Paradise.
Nama aneh seperti ini berada di mana-mana sehingga ada nama yang dilarang. Misalnya nama Nutella diharamkan di Perancis; Cyanide (Sianida) dilarang oleh undang-undang di Eropah dan seorang anak perempuan dinamakan ‘Talula Does the Hula From Hawaii’ (Talula Permainan Hula dari Hawaii) di New Zealand.
Satu kajian di Jepun mendapati antara 2004 dan 2013 ibu bapa di Jepun menamakan anak mereka dengan nama unik menggabungkan watak-watak Cina tradisional dengan sebutan yang luar biasa.
Profesor Sosiologi Universiti Gajah Mada, Sunyoto Usman berkata, nama-nama unik dan lama ini menandakan keintiman pengaruh keluarga besar dan persekitarannya.-FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan