HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 April 2018

Pengundi Cina Tidak Puas Hati Gan Pei Nei Digugur Calon DUN Rawang

 
 



Pengundi Cina di DUN Rawang tidak berpuas hati penyandang DUN berkenaan, Gan Pie Nie digugurkan sebagai calon dan diganti dengan muka baharu Chua Wei Kiat pada PRU 14, lapor portal pro DAP, Malaysiakini.

Gan digugurkan sebagai calon berikutan munculnya surat layang yang mendakwa beliau menyeleweng peruntukan DUN.

Bagaimanapun Gan menafikan dakwaan itu, malah mendakwa surat layang itu sengaja direka oleh orang dalam PKR sendiri yang mahu bertanding di DUN Rawang.

“Saya perhatikan Wan Azizah telah tidak wajar dan tidak adil merawat Gan Pei Nei sebagai seorang bersalah sehingga terbukti bersalah hanya berdasarkan surat layang. Itulah ketidakadilan atau ketaksuban.

“Saya juga menyatakan bahawa kaedah PKR memperlakukan ahli-ahli partinya sendiri, berdasarkan kumpulan dan pilih kasih, dan bukannya dengan keterangan atau bukti.”ulas ktemoc dalam blognya.

Menurut blogger itu kredibiliti Gan telah dipuji oleh dua tokoh Cina yang lain iaitu Elizabeth Wong, penyandang DUN Bukit Lanjan dan Teng Chang Khim, Naib Pengerusi DAP Selangor.

Tambahnya, kegagalan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah memberi penjelasan kukuh mengapa Gan perlu diganti dengan Chua akan mengesahkan pertembungan dua fraksi dalaman PKR seperti kes Dr Tan Kee Kwong digugurkan untuk diganti dengan Dr Tan Yee Kew di Parlimen Wangsa Maju.

Difahamkan fraksi Cina PKR dalam PKR terbahagi kepada dua, William Leong pro Wan Azizah dan Tian Chua, pro Azmin Ali.

“Penggantinya, Chua Wei Keat, menafikan bahawa dia adalah sebahagian daripada plot dan menegaskan bahawa peranannya hanyalah mengemukakan aduan mengenai Gan kepada bosnya dan Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong.

“Gan Pei Nei dilaporkan protege Tian Chua yang merupakan salah seorang dari kem Azmin Ali, Gan ibarat seperti pelandok di tengah pertempuran antara Dwarf dan Kucing?,” dedahnya lagi.

Tiada ulasan: