KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB)
menasihatkan pelanggannya agar membayar bil elektrik dalam tempoh
ditetapkan, melalui saluran-saluran pembayarannya yang termasuk Kedai
Tenaga, secara online atau menerusi ejen kutipan bil TNB yang sah.
“Setakat ini kami menerima 200 aduan
pengguna yang menerima panggilan rakaman, meminta mereka membuat bayaran
bil dengan segera bagi mengelakkan pemotongan bekalan dalam masa dua
jam,” kata Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian
Pembahagian TNB, Ir. Kamaliah Abdul Kadir.
“Mereka menghubungi kami kerana ragu-ragu dengan panggilan tersebut.”
Jelas beliau, notis pemotongan adalah disekalikan dalam bil TNB.
Walau bagaimanapun arahan pemotongan akan dikeluarkan semasa pemotongan dilakukan.
Kamaliah berkata, pengguna yang menerima
panggilan tersebut perlu mengabaikannya dan menyemak status bil menerusi
aplikasi myTNB atau menghubungi talian perkhidmatan pelanggan TNB di
1-300-88-5454 untuk maklumat lanjut.
Katanya, orang ramai boleh memuat turun aplikasi myTNB daripada Appstore atau Google Play. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan