HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 April 2018

Bersatu tukar 7 calonnya sebelum hari penamaan calon



Bersatu tukar 7 calonnya  sebelum hari penamaan calon


Hanya tidak sampai 24 jam tibanya hari penamaan calon yang  akan diadakan  (Sabtu) Parti Pribumi Bersatu Malaysia  Negeri Selangor (Bersatu) dipercayai menukar 7 calon parti itu bagi  1 kerusi Parlimen dan 6 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang telah diumumkan secara rasmi pada Isnin.

Sumber dalaman parti di Selangor, memberitahu Malaysia Dateline, beberapa nama terpaksa ditukar di saat akhir  berikutan dipercayai berlaku senarai calon yang menerima watikah dari  PKR untuk mengunakan simbol parti itu pada pilihan raya, tidak sama sebagaimana  nama-nama yang disenaraikan oleh pimpinan Bersatu Selangor sebelum ini.

Selain itu turut dipercayai, pertukaran itu dilakukan kerana ditawarkan oleh pimpinan Majlis Presiden untuk bertanding di kerusi yang dikatakan akan meraih kemenangan besar bagi kerusi  Pakatan Harapan di Selangor.

Usaha untuk mendapatkan punca sebenar yang dikatakan tujuh  calon Bersatu ditukar pada  saat akhir daripada Setiausaha  Majlis Presiden Pakatan Harapan Datuk  Saifuddin  Abdullah dan Pengerusi Bersatu Negeri Selangor Datuk Abdul  Rashid Asari gagal dihubungi sehingga petang ini.

Dalam pada itu  sumber turut memaklumkan dua kerusi Dun dan  satu kerusi Parlimen sudah dipastikan calonnya.

Bagi kerusi Parlimen Sungai Besar sebelum ini diumumkan  Ketua Pemuda Bahagian Sungai Besar Mohd Ashyraf Basri ditukar dengan  calon Muslimin Yahya.

Bagi dua kerusi negeri yang turut ditukar ialah Dun Kuang yang  diumumkan adalah Naib Ketua Bahagian Selayang Mejar (B) Datuk  Abdul Wahid Bidin. Calon terkini bagi kerusi Kuang adalah  Ketua Penerangan Bersatu Negeri Selangor  Sallehuddin  Amiruddin.

Bagi kerusi Dun Jeram diumumkan yang sepatutnya akan ditandingi Ketua Bahagian Kuala Selangor Mohd Najib Itam Othman diserahkan kepada Shid Rosli selaku Bendahari  Bersatu Selangor.

Manakala  empat kerusi lagi tidak diketahui oleh sumber akan nama-nama calon penganti bagi mewakili kerusi Bersatu di Selangor.

Ini difahamkan Abdul Rashid tidak lagi mendedahkannya secara  rasmi kepada ahli Bersatu di negeri itu.

“Kita pun cuba berhubung dengan beliau (Abdul Rashid) tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

“Kami juga dapat tahu ada pertemuan antara Pengerusi dengan Timbalan Presiden  (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) hari ini di pejabat PPBM,” ujar sumber tersebut yang merujuk kepada Abdul Rashid yang juga Naib Presiden Bersatu.

Pembahagian kerusi Bersatu di Selangor adalah 3 Parlimen  9 Dun. Jika dakwaan ini benar menunjukkan Bersatu telah merombak hampir ke semua senarai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri parti itu dalam waktu singkat sebelum hari penamaan calon.

“Itulah… yang baru tahu namanya tersenarai memikirkan wang deposit dan segala borang yang perlu diisi dalam waktu singkat, Kita harapkan pengerusi (Abdul Rashid) sudah lebih awal memikirkannya  (wang  deposit calon bertanding) sekiraya hal begini berlaku,” ujar sumber lagi.

Tiada ulasan: