OLEH ERMIZI MUHAMAD
GOMBAK: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya bertindak
sebagai suruhanjaya adil dan membantu kelancaran proses pendaftaran
calon bertanding, kata calon P0.98 Parlimen Gombak, Dato’ Seri Mohamed
Azmin Ali.
Beliau berkata, sekiranya calon berdepan sebarang kesukaran ketika
proses pendaftaran dibuat, suruhanjaya berkenaan perlu memainkan peranan
terbaik mempermudahkan urusan pendaftaran.
“Peranan SPR harus memainkan fungsinya untuk memastikan proses
pilihan raya berjalan lancar dan bukannya menyukarkan calon bertanding.
“Contohnya membabitkan isu Tian Chua, kenapa pendaftarannya dihalang
sedangkan di peringkat mahkamah sudah diputuskan kedudukannya.
“Begitu juga calon yang diisytiharkan muflis, sedangkan mereka ini
telah membuat semakan dan bagaimana semudahnya status itu ditukar di
saat akhir?” soal Mohamed Azmin.
Beliau berkata, pertikaian itu menimbulkan keraguan terhadap SPR sekiranya dipengaruhi tekanan parti politik tertentu.
“Ini semua gara-gara Barisan Nasional yang sudah terlalu terdesak dan
SPR perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden yang berlaku
ini,” katanya.
Pada hari penamaan calon semalam menyaksikan beberapa insiden
halangan penyerahan borang pedaftaran calon bertanding membabitkan
calon-calon PAKATAN.
Insiden berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi maasyarakat di media sosial yang mengkritik kredibiliti SPR.
Terdahulu, Mohamed Azmin ditemui media selepas hadir merasmikan
Program Tautan Mahabbah Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad, di Sri
Gombak, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan