HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 April 2018

Wan Azizah pantau Azmin jika menang Pandan

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Langkah Presiden PKR ,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di kerusi Pandan mampu mengekang kemaraan Timbalan Presiden Datuk Azmin Ali di Selangor, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.
 
Ini dengan jelas menunjukkan wujudnya kem-kem dalam PKR, katanya kepada Antarapos.
 
Sehubungan itu, Sohaimi mendakwa Wan Azizah dapat memantau pergerakan Azmin sekiranya beliau menang kerusi di Parlimen Pandan yang dahulunya dipegang oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
 
"Dengan harapan Wan Azizah cuba mengekang kemaraan Azmin Ali di Selangor.
 
"Bila beliau menjadi ahli parlimen di situ, beliau boleh 'check and balance' pergerakan Azmin di Selangor.
 
"Seperti mana kita tahu ada perpecahan dalam parti PKR di Selangor," katanya.
 
Pada pada masa sama, Sohaimi mendakwa ketiadaan Rafizi jelas memberikan satu kerusi selamat buat Presiden PKR itu.
 
Penyandang kerusi Pandan, Rafizi tidak bertanding pada PRU14 kerana menghadapi kes mahkamah.
 
"Rafizi tidak boleh bertanding kali ini.
 
"Kerusi Pandan itu dilihat sebagai satu kerusi selamat oleh PKR dan PH.
 
"Jadi kerana itu Wan Azizah memberi laluan kepada anaknya, Nurul Izzah di kerusi Permatang Pauh dan beliau bertanding di Pandan,” tambahnya.
 
 

Tiada ulasan: