KOTA BHARU: Ribuan rakyat Kelantan menadah tangan memohon mengekalkan kerajaan Islam Kelantan 9 Mei ini.
Solat hajat diimamkan anggota
jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Tok Guru Nik Razi Nik Mat, adik
Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Sebelum itu, beliau menyampaikan kuliah Maghrib.
Orang ramai memenuhi Dataran Stadium sejak sebelum Maghrib lagi. Dataran stadium menjadi semakin padat menjelang Isyak.
Ketika itu rombongan calon PAS tiba dari kediaman Menteri Besar.
Ketibaan Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob disambut orang ramai.
Calon mengenakan baju Melayu hijau lengkap bersamping.
Ramai melihat aura kebangkitan Islam
begitu jelas. Semangat berkobar-kobar bagi mempertahankan kerajaan Islam
Kelantan jelas kelihatan terpancar di wajah mereka.
Utraz Nik Razi berkata, hanya PAS yang mahu mendaulatkan Islam di negara ini.
"Biarpun bermacam-macam dituduh terhadap PAS kononnya undi PAS sama dengan undi Umno.
"Biarlah mereka hendak katakan apa saja, tetap kita pilih bulan," katanya. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan