HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 April 2018

PKR Cabang Kapar Tolak Dr Daroyah, Marah G Manivannan Dicampak Ke Perak




Dalam satu mesyuarat tertutup PKR Cabang Kapar yang dipengerusi Ketua Cabangnya, Azizi Ayob, majoriti ahli mesyuarat menolak pencalonan semula Dr Daroyah Alwi sebagai calon DUN Sementa.

Dr Daroyah dibantah kerana beliau bukan anak tempatan, calon luar yang pro geng Kartel pimpinan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ada di kalangan ahli mesyuarat turut mempertikaikan penyandang Palimen Kapar, G Manivannan digugurkan bertanding semula di parlimen tersebut dan dicalonkan bertanding di DUN Hutan Melintang, Perak.
G Manivannan juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut.

 Azizi (gambar) berkata selaku ketua cabang PKR Kapar, beliau terpaksa akur dengan arahan PKR pusat dan mengadakan perjumpaan untuk mententeramkan kemarahan ahli-ahli berhubung pencalonan calon luar itu.

Bagaimanapun beliau akan memberitahu PKR pusat bahawa PKR Kapar mahu calon tempatan bertanding di DUN Kapar.

 

Azizi berkata pencalonan semula Dr Daroyah boleh menyebabkan PKR kehilangan DUN Sementa disebabkan dua faktor iaitu putusnya hubungan dengan PAS dan persempadanan semula kawasan PRU.

Tiada ulasan: