HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 April 2018

100 lagi ahli Umno sertai PAS

Muhammad Arif Ismail

 
 
GUA MUSANG: Malam tadi seramai 100 lagi ahli dan penyokong Umno di Kampung Jerek di Dun Nengiri menyertai PAS beramai-ramai.
 
Gelombang menyertai PAS di Dun Nenggiri begitu luar biasa pada Pilihan Raya Umum kali ini.
 
Ia dimulakan 30 pemuda Umno di Cawangan Jeram Tekoh yang diketuai bekas Ketua Pemuda Umno cawangan, Mohd Fauzi Ishak.
 
Kemudian diikuti 84 ahli dan penyokong PKR mengumumkan keluar dari parti itu dan menyertai PAS diketuai bekas Timbalan Ketua Cabang Gua Musang, Syed Azhar Syed Alwi.
 
Pada awal bulan ini pula seramai 70 ahli Umno dan 30 PKR turut menyertai PAS diketuai bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Rawi Mohd Noor.
 
Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Azman Ahmad berkata, berdasar kepada perkembangan itu peluang PAS untuk bertapak semula di kawasan terbabit semakin cerah sekarang.
 
Katanya, paling terkesan di Dun Nenggiri sehingga Adun Galas, Abdul Aziz Yusoff dipindahkan bertanding di Dun Nenggiri kali ini.
 
“Situasi serupa juga berlaku di Dun Paloh apabila jentera Umno semakin suram selepas Dato’ Nozula Mat Diah tidak dicalonkan semmula,” katanya ketika ditemui malam tadi. – HARAKAHDAILY 
 
 

Tiada ulasan: