KOTA KINABALU, SABAH – Bukan mudah bagi Tan Sri Musa Aman mempertimbangkan calon-calon yang ada hubungan keluarga dengan beliau. Namun demikian pemilihan seseorang calon, bukanlah sepenuhnya ditentukan oleh beliau sahaja.
Parti BN atau UMNO mempunyai mekanisme tersendiri dalam penentuan calon. Calon-calon yang terpilih, selain melalui tapisan yang ketat, ianya juga merupakan cadangan sebulat suara bahagian di mana seseorang calon menjadi anggota atau pemimpin. Selain itu, setiap cadangan daripada bahagian kemudian menjadi cadangan badan perhubungan negeri kepada kepimpinan BN Pusat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Sedikit latar belakang calon-calon BN pada PRU-14 yang merupakan keluarga terdekat Musa…
Pendek kata, pemilihan calon-calon yang ada kaitan dengan Musa, memang beliau tahu akan menjadi isu kepada pembangkang untuk tujuan memancing undi, namun tidak kepada BN/UMNO, kerana para penyokong atau ahli UMNO serta para pemimpinnya tahu kedudukan Musa dalam perkara ini.
Mereka yang terpilih itu, bukan hanya kerana jawatan dalam parti, akan tetapi mempunyai merit sebagai‘winnable candidate’ bersama mereka.
Tan Sri Musa ditakdirkan mempunyai para individu yang kental dengan perjuangan, sehinggakan kawan-kawan para individu itu memberi kepercayaan kepada mereka untuk mewakili mereka.
Perlu diingat, semua para individu yang terkait keluarga dengan Musa, mewakili kawasan masing-masing, ertinya telah membina kepimpinan di kawasan masing-masing…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan